Senarai Tugas
1.0 Lawatan Bimbingan
1.1 Merancang dan melaksana lawatan bimbingan (coaching & mentoring) serta latihan yang diperlukan oleh guru yang dibimbing (GDB).
1.2 Menangani isu-isu PdP yang dihadapi oleh guru yang dibimbing. Seterusnya merangka program intervensi yang bersesuaian.
1.3 Melaporkan isu-isu PdP yang tidak dapat diselesaikan.
1.4 Mengumpul dapatan bimbingan untuk diambil tindakan lanjutan oleh Unit Pengurusan Akademik bagi peningkatan prestasi guru-guru di daerah.
1.5 Mengadakan perbincangan mingguan dan bulanan sesama SISC+ dan Sipartner/UPA/KPPD.
2.0 Latihan
2.1 Memberi latihan untuk mengintegrasikan program dasar kementerian dalam PdP.
2.2 Menyampaikan perkembangan terkini dunia pendidikan kepada guru yang dibimbing (GDB).
2.3 Mewujudkan komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah/daerah.
3.0 Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan dari semasa ke semasa
3.1 Menghadiri Dialog Prestasi Daerah.
3.2 Menghadiri mesyuarat peringkat jabatan.
3.3 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan mengikut arahan semasa oleh KPPD.
No comments:
Post a Comment