Wednesday, 29 June 2016

PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN

PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN 
1. Pengenalan
Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.

Di peringkat daerah, pasukan penggubal soalan dan pasukan penilai dibentuk agar dapat menjalankan tugas berkenaan. Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.
 
Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR).

Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan.






2. Objektif
2.1 Panel penggubal soalan ialah untuk menggubal soalan bagi setiap Ujian peringkat daerah.
2.2 Panel penilai soalan bertanggungjawab untuk menyemak dan menilai soalan yang telah digubal.





3. Carta alir pembinaan item ujian
 
 
 
 
 
 

 


 

 

 


















4. Borang Penilaian Item Ujian

Borang penilan

Bil
Item
   Tahap
1
2
3
1
JSU (Aras) Tinggi/Sederhana/Rendah



2
Struktur ayat



3
Penganggu pilihan jawapan



4
Kesesuaian kandungan petikan/pernyataan



5
Ejaan



6
Jawapan





5. Senarai Jawatankuasa Panel penggubal dan penilai item ujian

1.Fatimah Majid
2.Dr Usang anak Ngrambang
3.Selly Buja
4.Guru Bahasa Inggeris
  (Tiga orang Penggubal dan Tiga orang guru Penilai)
5.Guru Bahasa Melayu
  (Tiga orang Penggubal dan Tiga orang guru Penilai)



No comments:

Post a Comment