Sunday, 29 December 2013

Pelajar Pintar


DEFINISI PELAJAR PINTAR
Pintar cerdas (“gifted”) didefinisikan sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.Stanford Binet (1916) adalah orang yang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.
Davis dan Rimm (1985) telah mendefinisikan pelajar pintar sebagai berasaskan tahap pencapaian cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Definisi dalam kategori ini menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang dapat menunjukkan pencapaian cemerlang secara berterusan dalam sesuatu bidang atau kegiatan yang berfaedah kepada manusia adalah pintar cerdas.
Bagaimanapun definisi seperti ini dianggap tidak sesuai digunakan dalam konteks pendidikan kerana definisi menekankan kepada eviden kejayaan yang dicapai oleh seseorang dalam hidup. Pelajar pintar boleh juga didefinisikan berasaskan markah pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan (IQ Test) seperti Stanford Binet IQ Test,
Ujian kecerdasan MENSA, dan sebagainya. Seseorang itu dianggap sebagai pintar cerdas jika pelajar berkenaan dapat mencapai suatu tahap markah yang tertentu dalam sesuatu ujian itu. Tahap I.Q 140 ke atas sebagai “Gifted” . Definisi pelajar pintar juga berasaskan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa bidang tertentu. Seseorang yang memiliki bakat semula jadi yang menonjol dalam sesuatu bidang khasnya dalam konteks potensi intelak atau mental dianggap sebagai pintar cerdas.


No comments:

Post a Comment