Setiap individu dilahirkan berbeza-beza dengan individu lain.
Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Guru merupakan pendidik yang
diamanahkan untuk mengajar murid menjadi insan yang berguna. Mereka ditugaskan
menyampaikan ilmu yang berguna kepada anak bangsa bagi mencapai matlamat
individu yang berketrampilan membangunkan negara dimata dunia dan melahirkan
insan yang mempunyai peribadi yang mulia. Amanah seorang guru adalah
menjalankan tugas merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran,
membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau
secara berkumpulan, menentukan corak penyusunan meja-kerusi untuk mewujudkan
P&P yang sesuai, menjaga keselamatan murid-murid, membantu membentuk
sahsiah murid-murid, menjadi contoh model sebagai teladan kepada murid-murid,
memberi nasihat kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dan sebagainya yang berkaitan tentang profesion perguruan.
Pencapaian rendah bermula pada peringkat akhir persekolahan rendah dan menjadi
lebih stabil apabila pelajar tersebut memasuki peringkat menengah atas. Pelajar
lelaki lebih cenderung berpencapaian rendah berbanding dengan pelajar
perempuan. Pencapaian yang rendah merujuk kepada pelajar-pelajar yang :
Tidak berusaha untuk memenuhi pencapaian mereka di sekolah;
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas atau menunjukkan minat
terhadap proses pembelajaran;
“Lupa” atau tidak berusaha untuk menyiapkan kerja rumah mereka;
Tidak kisah mengenai kerja rumah mereka;
Tidak menurut kata guru atau berselisihan faham dengan para guru;
dan
Tidak terlibat dengan proses pembelajaran dalam bilik darjah.
Golongan
kanak-kanak berpencapaian rendah kebanyakkannya golongan pelajar Melayu,
khususnya pelajar miskin di luar bandar yang mempunyai kaitan dengan budaya
belajar pelajar. Ia memperlihatkan antara empat faktor yang dikenal pasti
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Melayu iaitu keluarga, pelajar,
sekolah dan persekitaran. Pengaruh keluarga dalam status ekonomi, pegangan
agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan pada peringkat
awal yang diperolehi di rumah menjadi asas kepada kejayaan pelajar pada
peringkat persekolahan. Pengaruh persekitaran juga merupakan faktor yang
mempengaruhi pembentukan sahsiah dan pencapaian pelajar. Di dalam sekolah juga
guru memainkan peranan untuk kemudahan pembelajaran, persekitaran pembelajaran,
pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan, cara penyampaian pendidikan, program sokongan
dan hubungan sekolah dan komuniti. Ciri-ciri golongan kanak-kanak berpencapaian
rendah ialah faktor keluarga, sikap negatif terhadap pendidikan, masalah
kemiskinan, masalah rumah tangga, kurang sokongan terhadap pendidikan, kurang
hubungan antara keluarga dan sekolah, terpengaruh dengan budaya luar dan
pengaruh rakan sebaya.
1. Faktor keluarga bermaksud Kasih sayang ibu bapa merupakan kunci
kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Pencapaian rendah
bagi golongan kanak-kanak yang kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa
menyebabkan prestasi anak-anak jauh lebih teruk berbanding kanak-kanak yang
mempunyai perhatian lebih daripada ibu bapa mereka. Mereka akan merasa murung,
menyendiri, susah dibawa bercakap dan melakukan perkara-perkara seperti
merokok, main game di cyber café, lepak dan lain-lain lagi. Kasih sayang dan
perhatian ibu bapa amat diharapkan oleh murid-murid bagi mencapai kejayaan
hidup yang lebih bermakna.
2. Sikap negatif terhadap pendidikan bermaksud ibu bapa kurang
memberikan perhatian pendidikan anak-anak terutamanya di rumah dimana mereka
tidak mengambil berat pelajaran anak-anak tanpa menyemak buku anak-anak,
bertanya kepada anak-anak apa yang di pelajari pada hari ini dan tidak datang
ke sekolah mengambil keputusan anak-anak. Sikap begini yang tidak memberikan
perhatian menyebabkan keciciran pelajaran murid berlaku.
3. Kemiskinan bermaksud “ketiadaan atau kekurangan makanan, sumber,
kemudahan, standard, perkhidmatan dan aktiviti yang wujud secara umum atau
menjadi kelaziman dalam masyarakat”. Pencapaian rendah mempengaruhi keadaan
ekonomi keluarga yang tidak stabil untuk menampung keperluan murid apabila
diperlukan. Ini menyebabkan murid-murid jauh ketinggalan dari kawan yang
berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dengan perasaan
rendah diri dikalangan murid-murid yang dikatakan perbezaan taraf hidup yang
berbeza.
4. Masalah rumah tangga pula menyebabkan golongan kanak-kanak
berpencapaian rendah berlaku. Ini disebabkan kanak-kanak berasa tertekan dari
pertengkaran ibu bapa ketika berada di rumah yang menyebabkan mereka tidak
tahan duduk di rumah kerana pertengkaran ibu bapa yang menyebabkan mereka tidak
selesa belajar dan tidak ada keharmonian dalam rumah tangga.
5. Kurang sokongan terhadap pendidikan menunjukkan keluarga yang
kurang memberi sokongan terhadap pendidikan anak-anak mereka, kurang mengawasi
kemajuan pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja sekolah, menyerah tugas
membantu pelajaran kepada anak yang lebih tua, dan lebih suka anak menolong
kerja di rumah daripada bersekolah. Keluarga memaksa anak perempuan berkahwin
bagi mengurangkan beban keluarga atau tidak menggalakkan anak perempuan belajar
ke peringkat tinggi. Terdapat juga keluarga yang kurang memperuntukkan wang
kepada pendidikan anak tetapi lebih mementingkan kebendaan, penjagaan status,
dan hiburan.
6. Kurang hubungan antara keluarga dan sekolah bermaksud ibu bapa
melepaskan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka kepada pihak
sekolah, tidak menghadirkan diri apabila dipanggil untuk berjumpa pihak
sekolah, meminta jiran mengambil keputusan anak-anak dan tidak melibatkan diri
dalam persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Ibu bapa juga tidak mengendahkan
surat dari pihak sekolah dengan tidak memberikan maklum balas tentang masalah
pembelajaran atau ponteng sekolah anak-anak.
7. Terpengaruh dengan budaya luar bermaksud segala budaya yang
terdapat di televisyen, media cetak, facebook (muka buku) dan internet boleh
menyebabkan kemerosotan pencapaian murid jika tidak pandai membahagikan masa
dan berfikiran lebih luas untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik mahupun
buruk. Jika murid dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan tahu
apa akibatnya mereka akan dapat membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya.
8. Pengaruh rakan sebaya merupakan perkara yang lebih kukuh kepada
murid-murid kerana mereka percaya kata kawan-kawan mereka kerana mereka
mempunyai umur yang sama. Pengaruh rakan sebaya yang baik akan menjadikan murid
itu bertambah baik tetapi pengaruh rakan sebaya yang tidak baik akan
menyebabkan golongan kanak-kanak berpencapaian
rendah. Contoh pengaruh yang sering kali berlaku ialah merokok, ponteng
sekolah, bergaduh, mencarut, mencuri dan sebagainya.
Punca-punca
pencapaian rendah di kalangan murid di sekolah ialah kurikulum yang kurang
sesuai, tanggapan guru, implikasi ke atas instruksi, kemiskinan, dan status pendidikan
pemulihan.
1. Kurikulum yang kurang sesuai bermaksud pihak negara melaksanakan
kurikulum yang umum bagi semua sekolah tanpa mengambil kira sama ada sekolah
tersebut terletak di kawasan pedalaman, perbandaran atau selainnya. Pelajar
yang memasuki sekolah akan membawa bersamanya pengalaman yang dialaminya di
rumah. Sekolah seharusnya berusahanya berusaha menyediakan kurikulum yang lebih
sensitif yang dapat menggabungkan pengalaman kendiri pelajar dan konteks
pembelajaran semasa. “ Sekolah tidak bertindak ke atas mereka, sebaliknya
murid-murid bertindak ke atas sekolah melalui gaya hidup kolektif dan individu
yang dibawa ke sistem persekolahan”. (Fuller & Clarke, 1994; Buxton,
2004, m.s. 1)
2. Tanggapan guru ialah tanggapan negatif serta jangkaan yang
rendah terhadap golongan yang berpencapaian rendah dan melihat pelajar-pelajar
ini sebagai golongan yang bermasalah dan menganggap bahawa mereka tidak dapat
cemerlang dalam hidup. Tanggapan ini akan mempengaruhi pencapaian murid
sekolah. Contohnya pelajar yang tidak kemas lebih cenderung menerima penilaian
guru berbanding pelajar yang berpakaian kemas.
3. Guru kepada pelajar yang berpencapaian rendah wajar menggunakan
instruksi aktif yang merangkumi aspek-aspek berikut:
Penglibatan awal supaya ketersediaan para pelajar dan keperluan
penglibatan intensif dapat ditangani
Membentuk hasil pembelajaran yang jelas dan boleh diukur
Menyaring murid supaya pemantauan berterusan dapat dijalankan
Merancang aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar supaya mereka
memberi maklum balas dengan aktif
Memberi maklum balas susulan yang positif
4. Kemiskinan sebagai “ketiadaan atau kekurangan makanan, sumber,
kemudahan, standard, perkhidmatan dan aktiviti yang wujud secara umum atau
menjadi kelaziman dalam masyarakat”. Kesan kemiskinan dikategorikan kepada tiga
iaitu anggota keluarga yang besar atau memiliki ibu atau bapa tunggal; menerima
pendapatan isi rumah yang rendah; serta menghuni dalam perumahan yang
berkualiti rendah.
5. Status pendidikan pemulihan adalah penyesuaian kurikulum supaya
dapat memenuhi keperluan pelajar berkemahiran rendah. Para guru perlu membantu
pelajar-pelajar sebegini dengan membahagikan kerja sekolah mereka kepada
bahagian yang senang diuruskan. Pelajar-pelajar ini cenderung bergantung kepada
guru dan memerlukan maklum balas secara berterusan. Mereka akan belajar
menguruskan tugasan apabila mereka menjadi lebih yakin.
Beberapa program
pemulihan bagi kanak-kanak berpencapaian rendah dapat dilakukan bagi mencapai
tahap membantu pelajar agar berjalan dengan lancar dan mudah difahami oleh
murid-murid. Program ini hendaklah ada kerjasama dari pihak ibu bapa,
guru-guru, rakan sebaya, masyarakat dan sebagainya. Contoh program yang boleh
dilaksanakan ialah :
v Kelas tambahan kepada murid-murid di sekolah. Ibu bapa mestilah ada
sifat komitmen menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan bagi membantu
mereka.
v Kursus keyakinan diri seperti kursus rakan sebaya dalam kursus
motivasi pelajar tiga hari dua malam di kawasan sekolah.
v Membuat pertandingan menulis cerita pendek di kalangan individu
dengan menawarkan hadiah yang lumayan untuk pembakar semangat murid-murid agar
berani dan bersemangat untuk belajar.
v Membuat aktiviti kelompok membincangkan tajuk-tajuk yang diberikan
dengan kerjasama diantara satu sama lain.
v Mengadakan kuiz yang berkaitan pelajaran agar ingatan murid-murid
kembali pulih untuk mengingat sesuatu benda yang memberikan menafaat.
v Menanamkan kesedaran di kalangan pelajar dengan melekat
poster-poster yang berbentuk kejayaan hidup di dunia mahupun akhirat.
Murid yang mempunyai pencapaian rendah hendaklah
dibantu dengan segera agar ianya tidak berlarutan, supaya murid-murid tersebut
merasai diri mereka masih lagi di sayangi oleh guru-guru, ibu bapa dan rakan
sebaya. Kasih sayang yang diperlihatkan oleh guru-guru kepada murid-murid akan
menambahkan keyakinan mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan ingin
berubah menjadi pelajar yang pintar yang boleh membanggakan pihak sekolah, ibu bapa
dan masyarakat. Guru-guru yang dapat berganding bahu bersama ibu bapa dapat
memimpin mereka menjadi insan yang berguna di masa akan datang dan dapat
berbakti kepada negara.
Rujukan
Internet
Buku
1. Mok Song Sang. Edisike-8. Terbitan pertama
2003 dan Terbitan kedua 2004.
Pendidikan
Di Malaysia. Kumpulan
Budiman SDN BHD. Subang Jaya.
2. Atan Bin Long Ph.D. Cetakan Pertama (Edisi
Keduan) 1978. Psikologi
Pendidikan.
Penerbitan adabi Sdn.
Bhd.Kuala Lumpur.
3. Choong Lean Keow, PhD. Terbitan Pertama Dan
Kedua 2008 dan Terbitan Ketiga
2009.
Pendidikan Di
Malaysia. Kumpulan
Budiman SDN BHD. Kuala Lumpur.
4. Mok Song Sang. Terbitan Pertama 2002. Psikologi Pendidikan. Kumpulan
Budiman
SDN BHD. Subang Jaya.
5. Babad, E., Bernieri, F., & Rosenthal,
R. (1989). Nonverbal communication and
Leakage
in the behavior of biased and unbiased teachers. Journal
Personality,
Social
No comments:
Post a Comment