KATA MAJMUK MANTAP
Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
1. antarabangsa 2. beritahu 3. bumiputera 4. jawatankuasa
5. Kakitangan 6. Kerjasama 7. olahraga 8. matahari
9. setiausaha 10. Sukarela 11. Suruhanjaya 12. tandatangan
13. tanggungjawab 14. warganegara 15. Pesuruhjaya
Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan
yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara
lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1. kata nama
peribadi peribahasa dinihari perikemanusiaan
2. kata adjektif
sukacita dukacita
3. kata sendi nama
Kepada daripada apabila
4. kata hubung
apabila manakala padahal darihal barangkali kadangkala apakala alhal
5. kata tanya
bagaimana kenapa
Dengan mengenali kata majmuk mantap, kita dapat mengelakkan kesilapan bahasa,
terutama dari segi ejaan. Ingatlah bahawa "kadangkala" yang ditulis "kadang-
kala" waima "kadang kala" ialah kesalahan penjarakan aksara yang juga dianggap
sebagai kesil