Wednesday, 29 June 2016

PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN

PEMBINAAN ITEM SOALAN UJIAN, PEPERIKSAAN 
1. Pengenalan
Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.

Di peringkat daerah, pasukan penggubal soalan dan pasukan penilai dibentuk agar dapat menjalankan tugas berkenaan. Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.
 
Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR).

Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan.






2. Objektif
2.1 Panel penggubal soalan ialah untuk menggubal soalan bagi setiap Ujian peringkat daerah.
2.2 Panel penilai soalan bertanggungjawab untuk menyemak dan menilai soalan yang telah digubal.





3. Carta alir pembinaan item ujian
 
 
 
 
 
 

 


 

 

 


















4. Borang Penilaian Item Ujian

Borang penilan

Bil
Item
   Tahap
1
2
3
1
JSU (Aras) Tinggi/Sederhana/Rendah



2
Struktur ayat



3
Penganggu pilihan jawapan



4
Kesesuaian kandungan petikan/pernyataan



5
Ejaan



6
Jawapan





5. Senarai Jawatankuasa Panel penggubal dan penilai item ujian

1.Fatimah Majid
2.Dr Usang anak Ngrambang
3.Selly Buja
4.Guru Bahasa Inggeris
  (Tiga orang Penggubal dan Tiga orang guru Penilai)
5.Guru Bahasa Melayu
  (Tiga orang Penggubal dan Tiga orang guru Penilai)



Thursday, 23 June 2016

Lima Langkah membuat kajian

Langkah-langkah membuat kajian

Lnagkah 1-       Pendekatan secara Teori

            Langkah 1 dilakukan untuk melihat sama ada kajian ini boleh dilakukan atau pun tidak. Dalam penilaian untuk menetukajian ini boleh dijalankan atau tidak, terdapat beberapa penanda aras yang perlu dipertimbangkan

i           Pengalaman sendiri
-     Adakah pengkaji biasa dengan pesekitaran kajian. Bagi kes kajian yang hendak dikaji ini, pengkaji memang mengkaji kawasan ruang lingkup tempat pengkaji bekerja iaitu pesekitaran kantin sekolah. Sebelum kajian ini dilakukan, pengkaji memang selalu memerhatikan tingkah laku pelajar secara tidak langsung sesama melalui kawasan kantin sekolah, sama ada untuk tujuan ke kantin sekolah atau ke tempat yang berhampiran dengan kawasan kantin sekolah.

ii          Proses-proses yang berkaitan
-     Pengkaji mestilah membuat keputusan awal mengenai jenis kajian yang hendak dilakukan. Dalam kes ini, pengkaji hendak membuat kajian lapangan sahaja. Corak hubungan antara kumpulan pelajar yang pelbagai bangsa semasa rehat.

iii          Tangapan Awal
-     Mengambil kira tanggapan awal pengkaji sebagai pengetahuan sedia ada bagi pengkaji. Pengetahuan sedia ada ini mgkin diperolehi melalui pengalaman, pembacaan atau interaksi bersama orang lain di kawasan kajian. Setakat ini, pengkaji tahu terdapat golongan kelompok tertentu wujud di sekolah tersebut. Namun demikian, kelompok-kelompok kecil ini biasanya terbentuk disebabkan faktor rakan sekelas sekarang atau pernah menjadi rakan sekelas sebelum ini.

iv         Interaksi- interaksi yang wujud dan perkaitannya.
-           Dalam konteks kajian yang akan dilakuka ini, ineteraksi yang diramalkan wujud ialah interaksi anatara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan jurujual, pelajar dengan guru. Berdasarkan interaksi yang diramalkan ini, pengkaji akan melihat apakah hubungkait yang menyebabkan interaksi seumpama itu wujud dan apakah kesannya.

v          Penilaian kajian
-           Menilai apakah nilai-nilai positif atau nilai-nilai negatif yang diperolehi sepanjang kajian ini dilangsungkan.

Langkah 2-       Rangka Kajian
            Kajian akan dijalankan melalui kaedah generik kualitatif dan interview.

Langkah 3-       Kutipan Data
            Data-data akan dikutip bagi mendapatkan hasil tinjauan bagaimana interaksi pelajar yang pelbagai kaum di bandar semasa berurusana di kantin sekolah.

i-          Bagaimana data ini akan diperolehi dan dikumpulkan
-     Data akan dikumpulkan melalui kaedah kualitaif, iaitu pengkaji membuat pememrhatian dan merekod saja berapa nilai data yang diperhatikan melalui hitungan.
-     Selain daripada itu, interview akan dilakukan untuk mendapatkan matlumat lanjut mengenai perkara yang tidak dapat dijelaskan melalui pemerhatian.
-     Selain interview, dapatan lain juga akan diambil kira contoh kajian terhadap rekod kehadiran pelajar yang ada dengan guru kelas, rekod disiplin yang tersimpan di dalam bilik disiplin dan data daripada sistem matlumat murid pada guru data.

ii-         Bagaimana data direkod dan diterjemahkan
-     Segala interview secara lisan akan direkod menggunakan menggunakan perakam suara dan catatan ringkas di dalam buku nota.
-     Selain itu, interview juga dilakukan dengan bantuan 3 soalan tertutup dan 1 soalan terbuka yang telah dirangka sebelum kajian dan interview dilaksanakan. Jawapan-jawapan responden akan terus di catat di dalam naskah interview tersebut.


iii-        Bagaimana data-data yang telah dikumpulkan ini disimpan.
-     Data-data yang telah dikumpulkan akan disimpan di dalam jadual berformat Excell yang dapat di dalam perisian microsoft office.

Langkah 4-       Kesahan
Satu penyelidikan kualitatif dikatakan kredibel jika ia membentangkan penghuraian yang benar atau interprestasi tentang pengalaman manusia dengan benar, di mana orang lain yang mengalami pengalaman yang sama akan mempunyai interprestasi yang sama. Suatu penyelidikan kualitatif adalah kredibel jika orang lain bersetuju bahawa mereka akan mempunyai pengalaman tersebut walaupun mereka hanya membaca laporan penyelidikan. Oleh sebab itu, pengkaji harus menghuraikan matlumat yang dikumpul secara kualitatif secara objektif tanpa pengaruh perasaan sendiri.

Langkah 5-       Analisisa item untuk membina indeks pengukuran
            Bagi membentuk indeks yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, pengkaji haruslah memastikan bahawa item-item yang mewakili setiap petunjuk digunakan dalam instrumen pengukuran yang dibinanya. Berikut merupakan langlah untuk menganalisis item semasa membina indeks pengukuran.
            1-         Memberi definisi konseptual yang tepat
Dalam kajian ini, prasa kumpulan pelajar yang pelbagai bangsa" ditafsirkan sebagai sekumpulan pelajar yang rapat antara satu sama lain yang dikenali sebagai kawan rapat tetapi mempunyai latar belakang kaum yang berbeza. Manakala trend di sini ditafsirkan sebagai tindakan  atau bagaimana pelajar-pelajar ini mempamerkahkan tingkah laku mereka.

Langkah 6-       Etika
Konsep etika penyelidikan perli difahami sebelum pengkaji merancang untuk melaksanakan kajiannya. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan:

i-          Penyertaan sukarela
            Pengkaji perlu bahawa respondan mengambil bahagian dalam kajian secara sukarela dan bukannya        paksaan. Menghalang responden daripada mengetahui tujuan kajian atau memaksa responden adalah        tidak beretika.
ii-         Penentuan diri
            Pengkaji perlu mengetahui bahawa setiap pelajar yang dipilih sebagai subjek kajian berhak untuk                        menilai matlumat kajian sebelum membuat keputusan sendiri untuk mengambil bahagian atau tidak.
iii-        Kecederaan fizikal dan psikologi / mental
            Dalam apa jua keadaan, pengkaji mesti memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin.
iv-        Identiti pengkaji
            Identiti pengkaji perlu diberitahu kepada semua responden secara jujur dan ikhlas. Pemberitahuan           identiti pengkaji sebelum menjalankan kajian adalah tanggungjawab pengkaji.
v-         Rahsia peribadi
            Peserta kajian mempunyai hak mutlak merahsiakan peribadinya. Pengkaji perlu menjaga rahsia              peribadi responden.
vi-        Ketanpanamaan
            Ketanpanamaan (anonymity) bermaksud segala matluat yang dibekalkan oleh responden perlu                dirahsiakan identiti pembekal matlumat tersebut.
vii-       Perjanjian sulit
            Segala matlumat yang diberikan oleh responden harus dirahsiakan. Pengkaji perlu menyembunyikan        identiti responden yang membantu dalam kajian.
viii-       Pembelotan
            Pembelotan adalah perkara yang berlaku apabila data yang dijanjikan sebagai sulit oleh pengkaji             dikemukakan kepada orang ramai. Kajadian ini boleh memberi malu, kesulitan atau penderitaan                       kepada responden.
ix         Pengabui mata atau penipuan
            Pengabui mata adalah kes di mana pengkaji tidak memberitahu tujuan sebenar kajian dilakukan               dengan sengaja atau memberitahu matlumat palsu dengan sengaja. Ini kerana mungkin pengkaji              bimbang pelajar tidak ingin mengambil bahagian dalam kajian ini.
x-         Hak cipta
            Instrumen kajian yang sedia ada mempunyai hak ciptanya. Pengkaji yang ingin menggunakan instrumen kajian yang dibina oleh pengkaji sebelum ini tidak boleh menggunakannya sewenang-wenangnya.

METHODS USED TO COLLECT DATA
            Cara yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui kaedah kajian lapangan. Kajian lapangan merupakan kajian yang memerlukan pengkaji membuat pemerhatian terhadap perkara-perkara yang wujud dalam keadaan semula jadi. Melalui kajian lapangan, pengkaji memerhati dan mencatatkan tingkah laku pelajar yang berada di kantin sekolah secara semula jadi. Pemerhatian yang dibuat membolehkan pengkaji mengumpul data mengenai:
1-         Keadaan fizikal
            Iaitu tingkah laku dan ciri-ciri yang membentuk tingkah laku manusia, seperti jantina, bangsa, status         sosial ekonomi dan sebagainya.
2          Keadaan interaksi
            Iaitu keadaa interaksi yang berlaku secara verbal, bukan verbal, formal, tidak formal, terancang dan        tidak terancang.
3          Keadaan kantin
            Bagaimana kaedah jual beli, jenis jualan dan sebagainya

            Ada dua kaedah pengumpulan data kajian lapangan iaitu pemerhatian sistemetik dan pemerhatian peserta. Dalam kajian ini, pengkaji memilih kaedah pengumpulan data cara pemerhatian Sistemetik. Dalam pemerhatian sistematik, pengkaji merancang langjah-langkah pemerhatian sebelum melakukan kajian lapangan. Sebelum menetukan kaedah persampelan kajian, langkah yang pertama dalam pemerhatian sistemetik ialah pemilihan peristiwa kajian. Pemilihan peristiwa kajian lapangan bergantung kepada minat pengkaji atau apakah tujuan kajian. Weick (1968) mengelaskan empat peristiwa yang merupakan tingkah laku yang peling diminati dalam kajian lapangan. Peristiwa-peristiwa tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Peristiwa Kajian Lapangan
Kandungan Peristiwa
Peristiwa Bukan verbal
Meliputi pergerakan badan yang memberi matlumat, termasuk eksperesi muka (tentangan mata, mimik muka) pergerakan tangan dan signal badan. Pemerhatian ke atas peristiwa bukan verbal membantu  pengkaji memungut matlumat mengenai tingkah laku individu manusia seperti kepuasan, perasaan, sikap, motivasi dan sebagainya
Peristiwa ruang
Meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan antara manusia atau objek. Pemerhatian ke atas peristiwa ruang mendapat matlumat mengenai perhubungan dan perbezaan antara manusia dan reaksi sesama manusia.
Peristiwa ekstra-linguistik
Meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kadar, ton, kekuatan dan tingkah laku lain mengenai kaedah percakapan. Ia membekalkan matlumat yang berkaitan dengan pertuturan manusia.
Peristiwa Linguistik
Meliputi tingkah laku yang berkaitan dengan kandungan percakapan dan bahan penulisan. Ia membekalkan matlumat mengenai pemikiran dan cara komunikasi manusia.


            Persempelan dilakukan dengan pengkaji memerhati setiap perkara berkaitan dengan tingkah laku untuk seluruh peristiwa. Ia dilakukan semasa rehat pelajar, iaitu dalam tempoh 20 minit. Oleh sebab itu, pemerhatian menggunakan persampelan peristiwa yang paling sesuai.

Cara mencatat pemerhatian.
            Menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur iaitu satu kaedah mengumpulkan data berdasarkan tingkah laku dan cadangan tingkah laku disenaraikan dalam borang pemerhatian.

Contoh borang Pemerhatia

Perkara
3 minit pertama
3 minit kedua
3 minit ketiga
3 minit keempat
3 minit kelima
3 minit keenam
Mengucapkan teima kasih






Beratur






Berbual dengan nada yang perlahan






Berbual dengan nada yang keran






Tidak berbual semasa makan






Ketawa dengan lembut






Ketawa dengan keras






Duduk dalam kumpulan yang sama






Duduk secara rawak








Nota:
Tandakan 1 tidak setuju , 2 setuju, 3 Paling setuju
1- Setiap kolum pemerhatian ialah 3 minit
2- Cara menanda tingkah laku ditetapkan
3-Ciri-ciri pergerakan dijelaskan
4-Pengkaji menggunakan perakam video.

Bagi meningkatkan keboleh percayaab kajian, pengkaji akan membuat ulangan kajian selama 4 minggu pada seperti jadual berikut:





Minggu 1
Isnin
Rabu
Jumaat
Minggu 2
Selasa
Rabu
Khamis
Minggu 3
Isnin
Selasa
Rabu
Minggu 4
Selasa
khamis
Jumaat