Sunday, 29 December 2013

Intervensi Audio -Lingual



Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Teknik: Audio-Lingual

Konsep
1. Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan  
    kemahiran bertutur (lingual).

2. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti
    radio, pita rakaman dan compact disk (audio).

3. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi
    sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan
    sebagainya.

4. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita
    rakaman).

5. Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan,
    frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi.

6. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara
    berpasangan atau berkumpulan.

7. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan
    murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang
    dengan rakan-rakan.

Kelebihan
1.Pelajar akan mendengar   dengan teliti apa yang disampaikan
2.Pelajar boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul
3.Pelajar akan lebih berani dan berkayakinan mengutarakan jawapan dan  soalan yang diajukan
4.Pelajar dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik yang dipelajari

Kelemahan
1.    Makna sukar difahami bagi pelajar yang tidak memberikan perhatian
2.    Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu cerita atau topik yang disampaikan
       tidak menarik
3.    Pelajar yang tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan
































No comments:

Post a Comment