Teknik
Pengajaran Bahasa Melayu
Teknik
Pengajaran Oral –Aural ( Dengar –tutur )
Konsep
1.Teknik
oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz
dan
diikuti secara ajukan.
2.Teknik ini
bermula dengan sebutan lisan. Latih tubi dan dialog dijalankan dengan
memberi
perhatian kepada intonasinya yang betul.
3.Perkara yang
menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
4.Latih tubi
boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap.
5.Latihan
menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. 6.Sistem
tatabahasa yang diberi kepada murid
diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan
yang teratur.
7.Perbendaharaan
kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam
konteks yang bermakna.
8.Setelah
menguasai bacaan, murid diberi latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal
sebelum memulakan penulisan bebas.
Objektif
Pengajaran
1.Objektif
pengajaran bahasa mengikut kaedah ini lebih mengutamakan kemahiran mendengar
dan bertutur.
2. Oleh itu
murid ditekankan kepada aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan
menggunakan dialog
untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
3.Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik
memberi perhatian kepada intonasi
yang betul.
Kelebihan
1.Pelajar akan
mendengar dengan teliti apa yang disampaikan
2.Pelajar boleh
bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul
3.Pelajar
memberi perhatian sepenuhnya kerana khusuk mendengar cerita dan soalan yang
dikemukakan
4.Pelajar akan
lebih berani dan berkayakinan mengutarakan jawapan dan soalan yang
diajukan
5.Pelajar dapat
berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik yang dipelajari
Kelemahan
1.
Ejaan bagi setiap perkataan sukar dan tidak dapat dicam oleh pelajar yang lemah
2.
Makna sukar difahami bagi pelajar yang tidak memberikan perhatian
3.
Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu cerita atau topik yang disampaikan
tidak menarik
4.
Pelajar yang tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan
5.
Pelajar yang sederhana dan lemah tidak dapat mengeluarkan idea dan pendapat
kerana sukar
mamahami maksud cerita dan perkara yang
disampaikan
No comments:
Post a Comment