Teknik
Pengajaran Bahasa Melayu
Teknik
Improvisasi
Konsep
Menurut Kamus
Dewan (edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan
atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Teknik Improvisasi ialah aktiviti
lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Teknik ini boleh
mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau
imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara
spotan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau
kreativiti mereka sendiri.
Langkah-langkah Improvisasi
1. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau
gambar.
2. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
3. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.
4. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk

keyakinan murid beraksi.
5. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.
6. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
5. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.
6. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
berimprovisasi.
Kelebihan
1.Meningkatkan daya imaginasi
2.Merangsang kemahiran berbahasa
3.Mewujudkan suasana menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment