keadah dan teori kefungsian atau konflik: Caramenangani isu pelajar yang gagal dan tercicir daripada meneruskan pembelajaran mereka
1.0 Pengenalan
Perubahan dalam sistem pendidikan telah menyebabkan keperluan untuk meningkatkan prestasi murid berisiko di sekolah menjadi semakin penting supaya mereka tidak tercicir atau berpotensi untuk tercicir. Laporan UNICEF (2012) menganggarkan seramai 125,000 kanak-kanak di Malaysia masih tercicir dan tidak mendapat kerajaan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah juga telah menurun. Bagi sekolah rendah, peratusan penyertaan sebanyak 94.42 peratus pada tahun 2011, telah menurun kepada 94.37 peratus pada tahun 2013. Di sekolah menengah pula, peratusan penyertaan sebanyak 86.63% pada akses kepada pendidikan menengah. Sementara itu, kira-kira 17,000 kanak-kanak Malaysia tidak meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan menengah setiap tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2009.
Laporan oleh Malaysia Millennium Development Goals (MMDG, 2010) menunjukkan bahawa murid di sekolah luar bandar lebih banyak tercicir, iaitu sebanyak 16.7%, berbanding murid di bandar, iaitu sebanyak 10.1%. Dalam hal ini, buku Perangkaan Pendidikan Malaysia (KPM, 2013) pula melaporkan bahawa kadar penyertaan murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan tahun 2011; juga menurun kepada 82.39% pada tahun 2013. Sungguhpun nilai peratusan penurunan adalah kecil, namun situasi ini tetap menjejaskan kualiti sistem pendidikan negara untuk terus berada setaraf dengan pendidikan berprestasi tinggi di negara-negara maju.
Murid berisiko lebih cenderung untuk tercicir iaitu berhenti mengikuti persekolahan kerana pelbagai alasan tertentu yang memaksa mereka untuk berhenti sekolah (Ahmad, 2011). Menurut Ahmad lagi,, murid berisiko tercicir boleh dibantu dan dididik supaya mereka tidak tercicir menerusi bimbingan khusus dalam membentuk perkembangan konsep diri yang positif.
Pandangan Ahmad sejajar dengan kenyataan Willis (2010) bahawa perkembangan murid menuju kedewasaan memerlukan perhatian pendidik secara bersungguh-sungguh. Menurut Willis lagi, konsep diri yang positif perlu diterapkan di peringkat awal remaja oleh pihak yang paling rapat dan sentiasa berada di persekitaran mereka menerusi pelbagai program kemahiran kehidupan atau life-skills. Life skills ialah set kemahiran yang dapat membantu murid remaja menangani isu ibu bapa, rakan, guru dan lain-lain berkaitan kehidupan yang mereka alami.
2.0 Apa Punca Pelajar Tercicir?
Ramai juga anak yang berjaya dalam akademik tetap berakhir dengan masalah akhlak. Walaubagaimanapun, hasil kajian kami menunjukkan kebanyakan anak yang tercicir dalam pelajaran dan tidak berjaya dibantu akan lebih mudah terjebak dengan masalah ini. Apabila mereka rasa tidak lagi mampu mengejar pelajaran, maka mereka jadi kecewa, putus asa lalu nekad mencampakkan terus semua agenda pembelajaran. Ini membuatkan jiwa dan masa mereka kosong lalu mencari alternatif lain untuk mengisinya. Di sinilah bermulanya segala gejala sosial.
Antara yang kami kesan punca keciciran di sekolah juga berpunca di rumah. Antaranya disebabkan kesilapan ibu bapa mengatur perjalanan hidup anak-anak ini sebelum ke sekolah. Ada ibu bapa yang kedua-duanya bekerja lalu mengabaikan kebajikan dan pemantauan terhadap pelajaran dan psikologi anak-anak mereka. Ramai anak-anak yang kenyang dengan maki hamun sejak bangun tidur sampailah ke sekolah. Tidak kurang juga yang disebabkan percakaran ibu bapa sepanjang masa, bahkan gangguan emosi anak hasil dari perpecahan rumahtangga.
Tekanan gaya hidup turut membuatkan ibu bapa juga memasuki kancah kompetetif lalu berlumba-lumba mencari nafkah dan status sosial. Ada yang terlajak sehingga mengejar kemewahan dengan mengikut kehendak nafsu, bukan lagi mencari keperluan. Lepas kerja sambung lagi dengan MLM meninggalkan anak terkonteng-konteng sendirian. Makan minum semua dijaga bibik dan mamak. Sila rujuk kisah anak kecil yang menangis ditinggalkan di kegelapan di pagar sekolah jam 6 pagi setiap hari persekolahan. Ketakutan anak ini juga salah satu sebab ia tercicir.
Ada juga yang berpunca di sekolah. Kelemahan para guru mengendalikan murid, khususnya kaedah mengenalpasti dan menangani murid yang lemah adalah antara punca keciciran. Gangguan emosi akibat dari rasa rendah diri, malu, bahkan sesetengahnya menjadi mangsa buli turut menjadi faktor keciciran yang perlu diperhatikan. Hari ini setiap sekolah ada beberapa kumpulan samseng dalaman sendiri. Bukan sahaja ugutan dan buli terhadap sesama murid, malah guru juga turut mendapat ancaman.
Hal ini mungkin berpunca dari satu masalah kecil yang berlaku tanpa disedari oleh para guru, penjaga atau ibu bapa pada satu ketika sahaja. Lama kelamaan masalah kecil itu membuatkan pelajar tertinggal dari mengikuti perkembangan pelajaran. Sikap berlumba-lumba dan kompetetif telah membuatkan pelajar ini ditinggalkan secara berlarutan lalu langsung tercicir.
Apa yang kami dapati dalam kes sebegini, kebanyakan ibu bapa dan para guru tidak sensitif dalam menilai situasi semasa anak dan murid mereka. Kebanyakan ibu bapa langsung tidak menyedari sejak awal. Mereka hanya tahu setelah keadaan anaknya parah. Rakan sebaya juga tidak mengendahkan masalah rakannya akibat dari budaya kompetetif lalu tidak kooperatif langsung terhadap rakan yang tercicir.
3.0 Langkah diambil membantu pelajar tercicir
3.1 Penyediaan asrama untuk membantu pelajar untuk mengelak daripada tercicir
Masalah aksesibiliti pelajar tercicir untuk mendapatkan pendidikan juga boleh diatasi atau sekurangkurang diminimumkan sekiranya setiap pihak berkuasa terbabit menyediakan asrama kepada pelajar berkenaan. Penyediaan asrama, sama ada di kawasan sekolah atau di luar tetapi berhampiran dengan sekolah, memudahkan pergerakan pelajar tercicir untuk ke sekolah.
Namun begitu, ada sesetengah ibu bapa yang tidak mahu melepaskan anak mereka untuk tinggal di asrama. Hal ini menyebabkan ramai yang masih berulang-alik pada setiap hari untuk ke sekolah. Usaha menasihat dan merunding golongan ibubapa sebegini perlu dilakukan supaya dapat menerima perubahan demi masa hadapan anak-anak mereka.
Contoh langkah kerajaan membantu pelajar tercicir orang asli.Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mewajibkan semua pelajar Orang Asli yang tinggal melebihi 10 KM dari sekolah untuk tinggal di asrama. Usaha keras daripada pihak sekolah perlu untuk memberi kesedaran, motivasi, ceramah dan taklimat tentang kebaikan menetap di asrama dalam usaha untuk mengubah sikap dan minda masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan.
Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru di sekolah yang mempunyai pelajar Orang Asli perlu mempunyai sikap lebih mesra terhadap mereka. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah menyebabkan ibu bapa dan pelajar merasa diri mereka dihargai dan maruah mereka dijaga. Keprihatinan ini akan membentuk kesedaran dalam kalangan ibu bapa seterusnya mengubah persepsi untuk membenarkan anak mereka tinggal di asrama.
Usaha ini seterusnya dapat meningkatkan tahap aksesibiliti pelajar untuk ke sekolah. Di samping itu, kemudahan infrastruktur dan prasarana asrama yang disediakan perlu dinaik taraf dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi menarik minat pelajar Orang Asli untuk tinggal di asrama.
3.2 Pengajaran dan pembelajaran guru mesti lebih menarik oleh guru dapat membantu pelajar yang tercicir.
Untuk kepentingan dalam kecekapan pengajaran, pelajar perlu dikelaskan supaya semua pelajar mendapat manfaat dalam pelajarannya. Pengkelasan kemampuan membantu guru menyesuaikan teknik pengajaran mereka ke atas pelajar yang mempunyai pelbagai tahap. Sebagai contoh, guru boleh mengajar topik dengan lebih cepat atau lebih perlahan bergantung kepada keperluan pelajar. Guru-guru boleh menyesuaikan buku teks dan bahan pengajaran lain yang hampir dengan kemampuan pelajar berbanding dalam kelas gabungan.
Pengaliran juga akan memberi ruang persaingan dalam kesamaan peluang yang diberikan. Persaingan yang adil dapat diwujudkan kerana pelajar dikumpulkan mengikut tahap kebolehan yang sama. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk menonjolkan diri dan memperlihatkan potensi masing-masing. Walaupun terdapat manfaat yang wujud menerusi sistem pengaliran, tetapi secara keseluruhannya sistem ini dilihat lebih banyak memberi kesan yang negatif terutamanya di kelas lemah.
Ini kerana pelajar di kelas lemah sering dibeza-bezakan dari segi kemudahan pembelajaran di sekolah, layanan dan jangkaan guru-guru terutamanya dalam bidang akademik. Maka tujuan pengaliran yang dibuat untuk membantu pelajar tidak dapat dicapai sepenuhnya, sebaliknya menyebabkan terbentuknya subbudaya di kalangan pelajar yang dialirkan sama ada pro atau antibudaya sekolah.
3.3 Peranan pentadbir sekolah
Murid berisiko tercicir merupakan kumpulan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak supaya mereka tidak terus tercicir. Kajian oleh Mansor (2013) mendapati bahawa kebanyakan murid berisiko berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku negatif kerana berasa tidak dipedulikan. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai terlalu banyak kekurangan dan mengambil pendekatan tidak alpa pada kehidupan kerana tidak mendapat sokongan di rumah dan sering pula diperlecehkan semasa di sekolah.
Mereka mengaku memerlukan bantuan untuk membolehkan mereka ‘keluar’ daripada kategori murid berisiko tetapi tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Justeru, mereka amat memerlukan bantuan khususnya daripada pihak sekolah dan komuniti yang perlu bekerjasama untuk memenuhi keperluan kehidupan murid berisiko ini supaya mereka dapat bergerak seiring dengan murid yang lain. Sehubungan itu, tujuan utama kajian eksploratori ini ialah untuk mengenal pasti komponen kemahiran kehidupan yang diperlukan oleh kumpulan murid berisiko Tingkatan 1 dan 2 yang berpotensi tercicir daripada sistem persekolahan, dan pendekatan yang diambil oleh pihak sekolah untuk menangani isu berkaitan murid berisiko.
Istilah berisiko bagi merujuk kegagalan akademik dan kegagalan di sekolah, berpotensi untuk tercicir, tidak mendapat pendidikan, dan di bawah pencapaian (Pallas, 1994). Pallas berpendapat bahawa murid berisiko ialah kumpulan murid yang terdedah kepada pengalaman pendidikan yang tidak cukup atau tidak sesuai sama ada di dalam keluarga, sekolah atau masyarakat. Christiansen dan Howard (2005) juga mentafsirkan murid berisiko sebagai kumpulan murid yang berpotensi gagal daripada sistem persekolahan yang berpunca daripada faktor lemah akademik, kerap ponteng, tiada keyakinan diri, dan kurang mendapat perhatian daripada keluarga.
Hari ini apabila anak tercicir dalam pelajaran, para guru jadi serba salah. Pihak sekolah, PIBG dan kementerian mendesak agar ditambah murid yang berjaya dalam akademik dengan cemerlang, yang mendapat ‘A’ untuk semua matapelajaran. Itu juga menjadi ukuran kepada prestasi kerjaya mereka. Kerana itu mereka terpaksa buat pilihan. Mahu tumpu pada yang lemah atau terus pacu anak yang berpotensi? Dan biasanya terpaksa memilih untuk ikut budaya kompetetif.Bila anak yang lemah sudah tertinggal dan tercicir, maka mereka akan putus asa dan mencampakkan kesemua takwim belajar. Mereka ini jadi kosong jiwanya dan ada terlalu banyak masa. Akibatnya, maka menularlah gejala sosial seperti gangsterism, buli, seks bebas, jenayah juvana dan sebagainya.
Walaupun kita selaku ibu bapa berikan rotan, sertakan dengan surat kuasa kepada para guru untuk membantu menghukum anak kita yang bermasalah, namun para guru tetap enggan melakukan sebarang hukuman. Peraturan sekolah dan kementerian tidak mengizinkan mereka. Akibatnya anak kita yang tercicir dan bermasalah tadi semakin menjadi-jadi tanpa hukuman yang membuatkan mereka serik.
3.4 Peranan ibu bapa
Sikap Ibu Bapa Menurut Sa’ibah (2000) ibu bapa adalah terlibat secara langsung dalam pendidikan anak-anak mereka. Peranan ibu bapa bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah tetapi mereka harus peka kepada perkara-perkara yang boleh meningkatkan pembelajaran anak mereka, seperti menyediakan anak-anak dengan kelengkapan seperti buku-buku, membayar yuran, dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku sekiranya keluarga mempunyai sikap dan minat yang positif terhadap pendidikan anak-anak kecuali keluarga berkenaan menghadapi kekangan dari segi ekonomi.
Mohd Noor (2000) menyatakan ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan anak ke sekolah tanpa berperanan sebagai sumber pengukuh terhadap pendidikan dan kepada perkara yang diamalkan dan digalakkan di sekolah. Ibu bapa perlu sedar bahawa jangka masa anak-anak berada di sekolah adalah singkat. Apa yang dapat di amalkan di sekolah, 5 di bawah didikan guru adalah terhad dan memadai. Masa anak berada di rumah adalah lebih lama.
Oleh itu ibu bapa perlu terus mendorong dan mengalakkan anak mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah ( Sa’ibah, 2000). ii) Minat Ibu Bapa Minat merupakan sesuatu yang abstark di mana ia merupakan sesuatu perilaku yang sukar untuk dinilai atau diukur secara objektif. Menurut Sufean (2006) minat merupakan keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang akan menumpukan pada daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber bagi memenuhi keinginan minatnya.
Ibu bapa perlu mempunyai minat ke atas pelajaran anak-anak seperti bertanya kepada anak-anak mereka sekiranya ada kerja sekolah yang diberikan oleh guru untuk disiapkan di rumah. Sekiranya mereka ada tugas yang perlu disiapkan, arahkan mereka untuk menyelesaikan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum membuat kerja-kerja yang lain. Ibu bapa yang menunjukkan minat terhadap pembelajaran anak mereka akan menjadi inspirasi untuk anak mereka meminati sesuatu pembelajaran. ( Zainuddin, 2000).
3.5 Penubuhan institut kemahiran : kolej komuniti, Giat Mara, IKM
Pelajar yang cicir daripada masuk ke university boleh dibantu dengan memberikan tawaran belajar di kolej komuniti, Giat Mara dan sebagainya. Di Malaysia, langkah kerajaan sedemikian rupa telah dapat membantu murid tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke bidang teknikal.
Penubuhan kolej komuniti di setiap daerah sangat banyak membantu murid yang tercicir untuk menlanjutkan pelajaran ke tahap yang sesuai dengan bidang yang ditawarkan.
Kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk membnatu pengurusan kolej komuniti berkenaan agar dapat membantu murid yang tercicir berkenaan.
3.6 Sekolah berdekatan dengan tempat kediaman
Pembinaan sekolah di kawasan petempatan pelajar yang tercicir akan dapat membantu menangani masalah ini. Kita mengambil conoth orang Asli juga boleh dijadikan pilihan bagi meningkatkan tahap aksesibiliti mereka untuk ke sekolah. Dalam konteks Tapah, sebuah sekolah baharu wajar dibina terutamanya sekolah menengah untuk memberi peluang ketersampaian ke sekolah yang lebih tinggi kepada pelajar Orang Asli.
Kedudukan kedua-dua sekolah yang sedia ada didapati agak jauh khususnya bagi mereka yang tinggal di Kg. Batu 7. Menempatkan sekolah yang berdekatan dengan perkampungan orang Asli dapat mengurangkan masalah ketakhadiran, lambat sampai dan ponteng sekolah. Di samping itu, untuk mengatasi masalah ketersampaian pelajar orang Asli, sekolah yang berkonsepkan Model Khas Komprehensif K9 sesuai diwujudkan di kawasan ini.
Projek ini telah diperkenalkan di SK Bandar Baru 2, Paloh, Hinai, Pekan, Pahang dan Projek Sekolah Baling. Projek K9 adalah projek untuk memberi pendidikan kepada pelajar orang Asli selama sembilan tahun, iaitu enam tahun di sekolah rendah dan tiga tahun di sekolah menengah. Projek K9 ini adalah usaha bersungguhsungguh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan pendemokrasian ilmu pendidikan kepada semua kaum khususnya masyarakat orang Asli.
Bibliografi
Ahmad Anuar, 2011. Aplikasi Pendekatan Fuzzy Delphi untuk membangunkan pembelajaran kanak-kanak homeschooling menggunakan media interaktif. Jurnal Kurikulum dan Asia Pasifik. 2 (3):18 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Christiansen dan Howard ,2005. Homeschooling in Malaysia: The Impact on Teacher emand-Supply, Regional Conference on Teacher Demand-Supply and Services: enchmarking Quantity And Quality, 11-12 Jun 2005, PJ Hilton Hotel . Organize: UM, UKM, UPSI & UPM
Mansor Sulaiman, 2013, Pendidikan Reproduktif untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, International Conference on Education for All. 13 Disember 2013, Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia
Pallas, 2004, Homeschooling International Seminar of Strategy in Achieving Education For All. 22 Oktober 2012. Faculty of Education and Teacher Traning Gajah Madha University Yogyakarta, Indonesia
Sa’ibah binti Ibrahim,2000, Satu Tinjauan Mengenai Pandangan Masyarakat Terhadap eranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Dalam Meningkatkan Pencapaian Akademik Di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Univerisiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Sufean bin Mohamad Zulkernain, 2006, Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga Dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guruguru (PIBG) Di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Skudai Johor. Univerisiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
No comments:
Post a Comment