EXCITED
SPINNER
NAMA GURU : JEHIN ANAK JAMES
SEKOLAH :
SMK MEDAMIT, LIMBANG
SUBJEK :
PENDIDIKAN MORAL
TAJUK INTERVENSI : EXCITED SPINNER
KELAS :
TINGKATAN 4B
1.0 PENDAHULUAN
Peluang
yang diberikan oleh SISC+ kepada saya ini tidak saya sia-siakan. Banyak yang
saya belajar mengenai teknik pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Saya guru yang
dibimbing oleh Dr. Usang AK Ngrambang, banyak ilmu, tunjuk ajar dan nasihat
beliau yang saya terima dan terapkan dalam PDPC saya. Hasilnya sangat
memberansangkan dari segi penglibatan pelajar. Bimbingan dari Dr Usang juga
telah membuat saya mencetuskan satu idea yang saya yakin sangat berguna dalam
PDPC saya. Idea tersebuat adalah teknik “excited spinner”.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Isu
yang saya pilih adalah mengenai memvariasikan teknik memilih pelajar untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru ataupun memilih pelajar untuk
sebarang aktiviti PDPC. Mengikut pemerhatian dan pengalaman saya sendiri,
kebanyakan guru jika mengajukan soalan. Mereka cenderung menggunakan teknik
pemilihan rawak, iaitu guru akan memilih mengikut suka hati. Maka, pemilihan
itu pasti ada tidak keseimbangan yang bermaksud guru akan lebih suka memilih
pelajar yang beliau rasa boleh jawab. Justeru, pelajar yang jarang dipilih atau
tidak pernah dipilih untuk menjawab sesuatu soalan guru akan lebih menjadi
pasif dan tidak dapat menyuarakan pendapat mereka sendiri. Akibatnya, pelajar
tersebut lebih banyak mendiamkan diri dari terlibat dalam aktiviti PDPC.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
Intervensi
ini dibuat dengan bertujuan membantu guru untuk mempelbagaikan cara mereka
untuk memilih pelajar. Guru tidak akan lagi bergantung dengan satu teknik
pemilihan pelajar. Intervensi ini juga bertujuan memasukkan aspek ICT atau
teknologi dalam PDPC guru-guru.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
No comments:
Post a Comment