A) MAKLUMAT
GURU DAN INTERVENSI / PAT
NAMA GURU : NUR
AFIQAH BINTI ABUSEMAN
SEKOLAH :
SMK LIMBANG
SUBJEK :
SAINS
TAJUK INTERVENSI / PAT :
MEMUPUK MINAT BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR
Kelas / Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 Citra, SMK Limbang
B) ISI
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
Subjek Sains merupakan salah satu
subjek yang wajib diambil di sekolah rendah dan sekolah menengah. Majoriti pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah tidak berminat dengan
subjek Sains. Segelintir pelajar pula mempunyai minat terhadap subjek Sains namun mereka hanya minat dengan beberapa
topik yang menarik dan mudah bagi mereka sahaja.
Segelintir pelajar juga tidak mempunyai daya pemikiran yang luas terutamanya
dari segi imaginasi yang kuat untuk
memahami dan meminati setiap bab di dalam subjek Sains. Kajian ini dijalankan khususnya
untuk mengatasi masalah minat pelajar terhadap subjek Sains. Harapan tinggi agar kajian ini mampu untuk menarik
pelajar agar tidak mudah bosan dengan
subjek yang diketahui umum banyak teori untuk difahami dan dihafal.
2.0 ISU
YANG DIPILIH
Terdapat dua isu yang dipilih untuk
kajian ini. Isu pertama yang dipilih ialah kefokusan pelajar semasa PdPc dijalankan di dalam kelas / Makmal
Sains. Pelajar seringkali hilang fokus
di dalam kelas sekiranya kelas tersebut teralu banyak teori yang perlu difahami
dan dihafal. Mereka cenderung
untuk membuat kerja masing-masing seperti bercakap, tidur, mengacau kawan-kawan di dalam kelas dan
membuat hal di dalam kelas sekiranya mereka sudah
kehilangan fokus di dalam kelas.
Isu kedua ialah minat pelajar
terhadap subjek Sains. Majoriti pelajar tidak minat dengan subjek Sains apatah lagi sekiranya subjek
tersebut dilaksanakan sepanjang 1 jam 30 minit di
dalam kelas. Mereka mudah untuk berasa bosan sekiranya tiada aktiviti yang
menarik dilaksanakan di dalam kelas /
Makmal Sains.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
No comments:
Post a Comment