MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI
NAMA GURU :
NURULAIN ‘AFIFAH BINTI RUSLI
SEKOLAH :
SMK MEDAMIT, LIMBANG
SUBJEK :
SAINS
TAJUK
INTERVENSI : PENGGUNAAN KAEDAH STESEN
DALAM PEMBELAJARAN SUBTOPIK ASID DAN ALKALI
SASARAN :
25 ORANG PELAJAR TINGKATAN 2A SMK MEDAMIT
1.0 PENGENALAN
Asid dan
alkali banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, ketika mandi
kita gunakan sabun dan syampu yang beralkali untuk menghapuskan bakteria pada
badan yang bersifat asid. Begitu juga dalam makanan, ada ketikanya kita
menggunakan cuka yang bersifat asid. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan
tentang asid dan alkali dalam kehidupan, maka pembelajaran asid dan alkali
masih diteruskan di dalam kurikulum Sains yang baharu. Sehubungan dengan itu,
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membantu memudahcarakan para
pelajarnya dalam memahami sesuatu pembelajaran melalui penggunaan pelbagai
kaedah yang dilihat bersesuaian.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Medamit merupakan sebuah sekolah luar bandar yang sedang
meningkat naik dalam pelbagai aspek. Namun begitu, pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Medamit bukanlah terdiri daripada golongan pelajar yang terpilih,
malahan kebanyakan daripada mereka adalah datang dari keluarga yang
berpendapatan rendah dan tidak menitikberatkan pendidikan. Oleh hal yang
demikian, pengajaran oleh guru Sains menjadi lebih mencabar, tambahan pula
kemudahan mengakses internet di sekolah ini adalah sangat terhad. Justeru itu,
guru perlu menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains, khususnya kerana
subjek ini adalah salah satu subjek yang agak sukar bagi mereka.
2.0 ISU MASALAH
Dalam dunia
yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, terdapat banyak kaedah PAK-21
yang telah diperkenalkan untuk membantu guru melaksanakan pembelajaran di dalam
kelas. Namun begitu, tidak semua kaedah yang diperkenalkan sesuai dengan
pelajar sekolah ini kerana ada kaedah yang dilihat terlalu panjang dan tidak
dapat diterima oleh para pelajar. Disebabkan hal itu, saya selalu menghadapi
masalah tidak cukup masa mengajar di dalam kelas memandangkan kandungan silibus
Sains yang begitu banyak.
Selain itu
juga, makmal sekolah saya sedang dalam penambahbaikan sejak bulan April yang
lalu. Oleh itu, makmal Sains tidak dapat
digunakan. Hanya bahan tertentu sahaja yang dapat dibawa keluar dari makmal,
manakala radas makmal tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. Oleh
itu, terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan amali tidak dapat dijalankan.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
No comments:
Post a Comment