PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK (PAT) 2018
NAMA GURU : FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI
SEKOLAH : SK
BUKIT LUBA, LIMBANG
SUBJEK : MATEMATIK
TAJUK
INTERVENSI / PAT : REKOD PENYEMAKAN BUKU
LATIHAN MURID
KELAS
/ KUMPULAN SASARAN : TAHUN 5 / 15 ORANG
MURID
1.0
PENDAHULUAN
Hasil kerja murid merupakan tugasan yang diberi oleh
guru selepas sesi pembelajaran dan pengajaran sebagai peneguhan kefahaman murid
untuk memenuhi keperluan sukatan matapelajaran. Buku latihan murid pula
merupakan buku tulis yang digunakan oleh murid untuk membuat latihan bertulis
yang diberikan oleh guru sebagai peneguhan kefahaman murid. Berdasarkan
daripada pengalaman mengajar saya selama beberapa tahun, masalah lewat dan
tidak menghantar buku latihan sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan murid
sekolah. Masalah yang berlaku ini boleh menjadi isu berat kepada pihak sekolah
terutamanya kepada guru-guru apabila ditanya oleh pihak atasan berkenaan
perkembangan murid dari segi pelajaran dan pembelajaran murid tersebut.
Tugas guru yang kian mencabar pada masa kini
memerlukan guru untuk lebih bersedia dan meningkatkan cara kerja bagi menangani
arus perubahan dalam sistem pendidikan pada masa kini yang menjurus kepada
Pembelajaran Abad Ke 21. Dengan adanya Rekod Semakan Buku Latihan Murid, tugas
guru dalam memantau hasil kerja dan perkembangan pembelajaran murid lebih mudah
dan tidak akan ada isu guru tidak menyemak buku latihan murid atau murid selalu
tidak menghantar buku latihan. Melalui intervensi ini, guru dapat melihat impak
kepada murid dalam menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan dan kerja
guru akan menjadi lebih mudah dalam mengenal pasti murid yang tidak menghantar
latihan.
2.0
ISU YANG DIPILIH
Isu yang dipilih dalam membuat intervensi ini ialah penyemakan buku
latihan murid yang tidak berkala dan murid selalu tidak menghantar buku
latihan.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
3.1
Mengenal pasti murid
yang selalu tidak menghantar buku latihan.
3.2
Mendisiplinkan murid
untuk menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan.
3.3
Membuat rekod penyemakan
buku latihan murid.
4.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
4.1
Langkah / Strategi 1 :
·
Membuat senarai nama
rekod penyemakan buku latihan murid dalam bentuk jadual.
·
Menetapkan tarikh
penghantaran buku latihan matematik (mengikut tajuk yang diajar pada hari itu).
4.2
Langkah / Strategi 2 :
·
Meminta murid untuk
menghantar buku latihan matematik pada tarikh yang ditetapkan.
4.3
Langkah / Strategi 3 :
·
Menyemak buku latihan
murid dan merekod (tick) nama murid yang telah membuat penghantaran buku
latihan.
·
Gunakan pen pelbagai
warna untuk merekod (tick) nama murid yang telah menghantar buku latihan dan
telah disemak oleh guru.
·
Pen Biru = Hantar
mengikut masa ; Pen Merah = Hantar lewat
·
Tandakan ‘P’ bagi murid
yang perlu membuat pembetulan dan meminta mereka menghantar semula buku latihan
selepas membuat pembetulan.
4.4
Langkah / Strategi 4 :
·
Memulangkan semula buku
latihan kepada murid dan meminta murid membuat pembetulan (dengan bimbingan
guru).
·
Guru boleh memberikan
ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid yang menghantar penuh buku
latihan dalam bulan semasa.
5.0 IMPAK INTERVENSI
Intervensi yang telah dibuat memudahkan guru untuk
mengesan murid yang tidak menghantar buku latihan. Hasil daripada intervensi
ini juga membantu guru dalam mendisiplinkan murid untuk membuat kerja dan
menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan.
6.0 KESIMPULAN / CADANGAN
Rekod penyemakan buku latihan ini sangat membantu dan
memberikan impak yang baik kepada murid. Murid akan lebih peka dengan masa yang
telah ditetapkan oleh guru untuk menghantar buku latihan dan memudahkan guru
untuk mengenal pasti murid yang sentiasa lambat atau tidak menghantar latihan
yang diberikan.
No comments:
Post a Comment