NAMA GURU : HAFIZ BIN ALI
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KUBONG, LIMBANG, SARAWAK.
SUBJEK : BAHASA MELAYU
TAJUK
INTERVENSI : PEMBELAJARAN TERBEZA BERDASARKAN PENILAIAN LATIHAN MELALUI TAHAP
PENGUASAAN MURID.
KELAS
: 2 KRK D
JUMLAH
PELAJAR : 37 orang
ISI
KANDUNGAN :
1.0 PENDAHULUAN
Pembelajaran
terbeza merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan dalam menempuh era
Pembelajaran Abad Ke 21. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam membantu
pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu subjek. Pembelajaran terbeza
merupakan proses menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan murid yang
berbeza-beza. Lawrence-Brown (2004) mengesahkan bahawa arahan yang dibezakan
dapat membolehkan pelajar-pelajar dengan pelbagai kebolehan-dari pelajar yang
berbakat kepada mereka yang mempunyai kecacatan ringan atau lebih teruk-untuk
menerima pendidikan yang sesuai di dalam bilik darjah yang inklusif. Pengajaran
dan pembelajaran yang terbeza dalam bilik darjah, Lawrence-Brown menerangkan
bagaimana seorang guru dapat mengatasi tujuan pelan pendidikan individu pelajar
dengan menyesuaikan kelas kurikulum termasuk manipulatif, alat bantu visual,
carta, audiotapes, dan harapan yang jelas, sementara juga menawarkan kurikulum
pengayaan kepada pelajar berbakat.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Dalam
menghasilkan sesebuah karangan, didapati pelajar amat sukar untuk menghuraikan
sesuatu idea yang telah dikemukakan berkaitan dengan tajuk yang telah
dikemukakan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran di sekolah. Setiap pelajar
dalam sesebuah kelas mempunyai pelbagai aras kefahaman sendiri bergantung
dengan penerimaan pelajar tersebut serta bergantung dengan pengetahuan sedia
ada pelajar itu sendiri. Kefahaman pelajar boleh dibahagikan kepada 3 aras iaitu
aras tinggi, sederhana dan rendah. Oleh itu, pendekatan teknik pembelajaran
terbeza merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunapakai dalam membantu
pelajar untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan pembelajaran
terbeza ini mampu untuk membantu pelajar untuk mengembangkan idea mengikut aras
kefahaman masing-masing.
Oleh itu, pembelajaran terbeza ini telah
dipilih untuk digunakan dalam pembelajaran pelajar tingkatan 2 SMK Kubong bagi
menghasilkan karangan kerana pelajar dalam kelas tersbut mempunyai aras
kefahaman yang berbeza. Isu ini dikaitakan dengan kaedah ini berdasarkan
keputusan peperiksaan yang telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
Secara
amnya, objektif kaedah ini bagi membantu pelajar mengembangkan idea dalam
membuat karangan memandangkan pelajar mempunyai aras kefahaman tersendiri.
4.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
4.1 LANGKAH 1
Kelas dimulakan seperti biasa dan guru
menerangkan kepada pelajar berkaitan dengan pembelajaran yang akan dilakukan.
Guru menerangkan isu berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari dan pelajar
perlu memberi pandangan berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Isu yang
dibincangkan ialah berkaitan dengan “punca berlakunya gejala ponteng dalam
kalangan pelajar di sekolah”. Pelajar dan guru berbincang secara dua hala dalam
memastikan tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu isu tersebut.
4.2 LANGKAH 2
Guru membahagikan murid dalam beberapa
kumpulan berdasarkan aras kefahaman pelajar iaitu aras tinggi 2 kumpulan, aras
sederhana 2 kumpulan dan aras rendah 2 kumpulan. Pembahagian kumpulan adalah
berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar yang lepas dan berdasarkan
pemerhatian guru semasa permulaan perbincangan.
4.3 LANGKAH 3
Guru mengedarkan latihan yang telah
disediakan mengikut aras kefahaman pelajar iaitu aras tinggi, aras sederhana
dan aras rendah. Dua kumpulan yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi
diberikan latihan yang meminta mereka untuk menghuraikan idea yang telah
disediakan iaitu dua idea yang berkaitan dengan punca berlakunya gejala ponteng
dalam kalangan pelajar di sekolah. Kumpulan pada aras ini berbincang dalam
kumpulan untuk mengembangkan idea berdasarkan idea yang telah disediakan oleh
guru. Kumpulan bagi aras ini merupakan pelajar yang mampu untuk menghuraikan
idea menggunakan Bahasa yang menarik dan pelbagai.
Bagi
aras sederhana, dua kumpulan yang dibentuk diedarkan latihan berbentuk rangka
karangan bagi dua idea yang telah disediakan. Guru telah memberikan rangka
karangan bagi membantu pelajar dalam aras sederhana untuk mengembangkan huraian
yang baik. Rangka karangan tersebut mampu untuk menjana idea pelajar dalam aras
tersebut untuk menghasilkan karangan yang baik dan menarik.
Bagi
kumpulan yang mempunyai kefahaman rendah pula, guru telah mengedarkan latihan
yang meminta mereka untuk melengkapkan dua perenggan idea yang telah disediakan
berdasarkan format huraian yang betul tetapi dikosongkan beberapa bahagian
untuk dilengkapkan oleh pelajar. Tujuannya ialah bagi merangsang idea pelajar
untuk menghasilkan huraian yang lebih menarik dan membantu pelajar untuk
meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karangan semasa peperiksaan.
Sepanjang
langkah ini dijlankan, pelajar mendapat bimbingan daripada guru dan rakan lain
dan menggunakan kaedah perkongsian antara pelajar.
4.4 LANGKAH 4
Pada akhir kelas, pelajar menghantar
latihan yang telah dibincangkan untuk disemak oleh guru pada masa yang sama di
dalam kelas. Tujuan penyemakan terus dilakukan adalah untuk memastikan pelajar
mengetahui kesalahan yang telah dibuat dan mampu untuk membuat pembetulan dalam
masa yang sama.
5.0 IMPAK INTERVENSI
Penguasaan pelajar mengikut tahap akan
memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek tersebut. Dengan adanya kaedah
pembeajaran terbeza ini, pelajar akan lebih mudah untuk menghasilkan huraian
idea dalam meghasilkan karangan dengan
bantuan latihan mengikut tahap yang telah diberikan. Selain itu, daya pemikiran
murid akan lebih berkembang dengan adanya bantuan yang disediakan. Guru sebagai
pembimbing akan lebih mudah untuk membimbing murid terutama murid yang berada
dalam tahap rendah. Murid akan menjadi lebih mudah untuk berfikir dan mampu
untuk menjana idea dengan lebih kritis.
6.0 KESIMPULAN / CADANGAN
Secara kesimpulannya, pembelajaran terbeza merupakan salah
satu kaedah yang sangat sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran seseorang
pelajar itu dalam sesuatu subjek amnya dalam subjek Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana, Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek yang memerlukan
seseorang pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menghasilkan idea yang
menarik dan gramatis. Oleh itu, kaedah pembelajaran terbeza ini merupakan
kaedah yang sangat menarik dilakukan dan sangat berkesan dalam membantu pelajar
meningkatkan kemahiran terurtama pelajar dalam kalangan aras rendah. Hal ini
demikian kerana, kaedah ini mampu merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi
lebih kritis dan kreatif.
No comments:
Post a Comment