![](file:///C:\Users\User\AppData\Local\Temp\ksohtml\wps_clip_image-18781.png)
Kandungan
Bil.
|
Kandungan
|
1.
|
Pendahuluan
|
2.
|
Rasional
|
3.
|
Objektif
|
4.
|
Tarikh / Masa / Tempat
|
5.
|
Kumpulan Sasaran
|
6.
|
KPI (Indikator Output dan Outcome)
|
7.
|
Organisasi Program Bimbingan SISC+ Ke Sekolah
|
8.
|
Konsep Pelaksanaan
|
9.
|
Pengurusan Risiko
|
10.
|
Penutup
|
11.
|
Lampiran
|
1.0 Pendahuluan
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah / School Improvement Specialist Coach (SISC+) ialah satu daripada inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah Program Transformasi Daerah (DTP). SISC+ merupakan guru pakar mata pelajaran untuk membimbing guru mata pelajaran yang dikenal pasti oleh mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak KPM. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. SISC+ ialah pembimbing yang berdedikasi dan komited untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.
| |||||||||||||||||||||
2.0 Rasional
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat:-
a. memberi sokongan kepada sekolah sebagai pembimbing sepenuh masa,
b. membantu meningkatkan kualiti P&P guru,
c. membantu meningkatkan pemahaman tentang kurikulum baharu,
d. merekayasa P&P guru dengan menerapkan pembelajaran abad ke-21, dan
e. memberi panduan kepada guru-guru di sekolah yang dibimbing tentang amalan P&P yang berkesan untuk membantu kemenjadian murid.
| |||||||||||||||||||||
3.0 Objektif
a. GDB mencapai standard P&P yang telah ditetapkan.
b. Sekolah berjaya melaksanakan dasar dan program KPM.
c. Guru merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah dipersetujui bersama-sama.
d. Guru merealisasikan kemenjadian murid dan prestasi akademik sekolah.
| |||||||||||||||||||||
4.0 Tarikh / Masa / Tempat
| |||||||||||||||||||||
5.0 Kumpulan Sasaran
Guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
| |||||||||||||||||||||
6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
6.1 Output
a) 100% sekolah yang disenaraikan dilawati
b) 100% GDB yang disasarkan dibimbing
c) Laporan dibentangkan kepada PPD
d) Isu ditangani dan tindak susul dilakukan
6.2 Outcome
a) 100% ( bilangan ) guru yang dibimbing kompeten melaksanakan P&P iaitu
peningkatan ke tahap yang lebih baik.
| |||||||||||||||||||||
7.0 Organisasi Program Bimbingan SISC+ Ke Sekolah
Pengerusi : Wong Chong Kung
Ketua PPD Sibu
Timbalan Pengerusi : Hajah Salemah binti Haji Chali
Timbalan Ketua PPD Sibu
Naib Pengerusi I : Yong Swee Wah
Ketua Unit Pengurusan Akademik
Naib Pengerusi II : Joseph Jabu
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Naib Pengerusi III : Lim Chun Len
Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan
Ahli Jawatankuasa :
Encik Stephen Tan Ming Kiong (Pegawai SIPartner+)
Encik Tan Kok Aun (Pegawai SIPartner+)
Puan Wong Siew Ling (Pegawai SIPartner+)
Hasiah binti Pukim (SISC+ Bahasa Melayu SM)
Ong Yiew Ming (SISC+ Matematik SM)
Pamela Lim Mei Shan (SISC+ Bahasa Inggeris SM)
Chiew Ching San (SISC+ Bahasa Melayu SR)
Kho Teck Kiong (SISC+ Bahasa Melayu SR)
Razali Bin Suruji (SISC+ Bahasa Melayu SR)
Mohd Ismail bin Angu (SISC+ Bahasa Melayu SR)
Lau Lih Ha (SISC+ Matematik SR)
Lau Ung Huat (SISC+ Matematik SR
Wong Ting Wee (SISC+ Matematik SR)
Veronica ak Amis (SISC+ Bahasa Inggeris SR)
Yek Haw Sieng (SISC+ Bahasa Inggeris SR)
Benedict Wong Kee Tiong (SISC+ Bahasa InggerisSR)
Toh Lee Lee (SISC+ Bahasa Inggeris SR)
| |||||||||||||||||||||
8.0 Konsep Pelaksanaan
a) Bilangan SISC+ : 14 orang
: 3 orang SISC+ Sekolah Menengah
11 orang SISC+ Sekolah Rendah
b) Bilangan sekolah
22 buah Sekolah Menengah
96 buah Sekolah Rendah
Proses Lawatan Bimbingan
8.1 Sebelum bimbingan
Menyediakan dan membentangkan Kertas Kerja Pengurusan Program (PK18) untuk mendapat kelulusan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah atau pegawai yang dituruni kuasa pemutus. Dalam penyediaan PK18, aspek yang diutamakan ialah:
8.1.1 Pemilihan Sekolah dan GDB
Sekolah yang akan dilawati perlu dikenal pasti terlebih dahulu bersama-sama Ketua Unit Pengurusan Akademik (Koordinator DTP Daerah). Memilih dan meneliti sekolah dan GDB berdasarkan analisis data seperti berikut :-
· Band Sekolah
· Gred Purata Sekolah (GPS)
· Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
· Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Standard 4
· Inisiatif Kementerian (LINUS, Pemulihan Bahasa Melayu)
· Input daripada Pengetua dan Guru Besar (PGB)
· Dapatan Hasil Bimbingan tahun yang sebelumnya.
8.1.2 Kewangan
Lawatan bimbingan perlu mengambil kira perbelanjaan berdasarkan peruntukan wang sedia ada. Walau bagaimanapun, lawatan perlu dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan wang yang besar.
8.1.3 Perancangan Takwim dan Carta Gantt Bimbingan
Mengenal pasti GDB yang memerlukan bimbingan SISC+.
8.1.4 Penyediaan Surat Lawatan Bimbingan
Surat Lawatan Bimbingan dihantar ke sekolah mengikut tempoh / fasa yang telah ditetapkan.
8.1.5 Instrumen bimbingan
Instrumen bimbingan (Rubrik, TCT, TDP, TIT), data dan bahan sokongan yang sesuai dibawa bersama-sama semasa lawatan ke sekolah.
8.1.6 Penempahan Kenderaan Pejabat
Sekiranya kenderaan pejabat diperlukan, tempahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Tempahan Kenderaan bagi mendapat kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah.
8.2 Semasa Lawatan
8.2.1 Perlu berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk memaklumkan kedatangan dan menerangkan tujuan lawatan; (mencerap bersama-sama KP atau KB atau PK atau Pengetua / GB / GC untuk memperoleh TOV guru).
8.2.2 Memastikan isu yang telah dikenal pasti dan dipersetujui dalam lawatan sebelumnya telah ditangani dan dibuat penambahbaikan.
8.2.3 Menjalankan pemerhatian dan segala dapatan hendaklah dicatatkan di dalam instrumen dan buku catatan.
8.2.4 Perbincangan diadakan dengan guru selepas pemerhatian. Hasil pemerhatian hendaklah diberitahu dengan jelas. Berikan maklum balas yang membina dan cadangan untuk meningkatkan kualiti P&P dengan mengambil kira pandangan daripada guru.
8.2.5 Merancang pelan pembangunan profesionalisme guru yang dibimbing berdasarkan persetujuan terhadap isu yang telah dikenal pasti.
8.2.6 Perjumpaan dengan Ketua Panitia/Guru Kanan MP boleh dilakukan untuk memberi penjelasan serta mendapatkan maklum balas tentang program yang dijalankan di sekolah.
8.2.7 Memaklumkan dapatan bimbingan yang telah dilaksanakan dan perancangan seterusnya secara keseluruhan kepada pihak pentadbiran sekolah sebelum meninggalkan sekolah.
8.2.8 Merekodkan bimbingan secara atas talian (Dashboard KPM) dan tugas harian di dalam borang Rekod Tugas Harian.
8.2.9 Memperoleh data keberhasilan pelajar di peringkat prabimbingan
8.2.10 Memperoleh dokumen lain yang berkaitan / relevan
8.3 Selepas Lawatan
8.3.1 Mengadakan sesi perbincangan bersama-sama SISC+ dan SIPartner+ bagi mengenal pasti isu dan mencari penyelesaian bersama-sama. Hanya isu yang tidak dapat diselesaikan akan dibawa ke peringkat PPD.
8.3.2 Merancang lawatan dan tindakan seterusnya berdasarkan Pelan Pembangunan Profesionalisme Guru (TDP).
8.3.3 Laporan bulanan merupakan rumusan bagi laporan mingguan dalam bulan tersebut. Laporan bulanan hendaklah dihantar kepada koordinator DTP daerah. Selepas. itu, koordinator DTP daerah akan menghantar laporan bulanan secara berfasa (setiap 4 bulan) kepada koordinator DTP negeri.
8.3.4 Isu yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat daerah dibawa ke Dialog Prestasi Negeri perlu dicadangkan penyelesaian dan telah dilakukan.
9.0 Pengurusan Risiko
10.0 Penutup
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan Program Bimbingan SISC+ di sekolah dengan sempurna. Hasil program bimbingan ini dapat membantu guru-guru P&P yang berkesan. Justeru, membentuk guru-guru yang kompeten dan efektif dalam bidang tugas mereka serta mempunyai nilai tambah juga dalam masa yang sama memenuhi keperluan pembentukan modal insan negara.
11.0 Lampiran
11.1 Lampiran 1 : Senarai nama sekolah yang dilawati
11.2 Lampiran 2 : Profil sekolah yang dilawati
11.3 Lampiran 3 : Profil guru yang dibimbing
11.4 Lampiran 4 : Takwim Lawatan bimbingan
11.5 Lampiran 5 : Carta Gantt
11.6 Lampiran 6 : Matriks Bimbingan Guru
11.6.1 Teacher Coaching Tool (TCT)
11.6.2 Teacher Development Plan (TDP)
11.6.3 Teacher Intervention Tool (TIT)
11.7 Lampiran 7 : Rubrik Deskripsi Kriteria Dan Matriks Bimbingan Guru (TCT)
|
No comments:
Post a Comment