NAMA GURU : LING
SIEW LI
MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU,
LIMBANG
SUBJEK :
BAHASA MALAYSIA
TAJUK INTERVENSI / PAT:
TEKNIK SAL: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
KELAS / KUMPULAN SASARAN: MURID-MURID
TAHUN 3
TEKNIK
SAL: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
1.0 PENDAHULUAN
Bahasa
merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melaluinya,
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Kepentingan terhadap penguasaan bahasa
menjadi lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (2003), banyak aktiviti dan kemahiran telah disediakan yang
menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa. Oleh hal yang demikian, aspek
kemahiran menulis telah dipilih bagi fokus kajian tindakan ini.
Menurut
Abdul Rashid dan Zulkafli (2008) dalam bukunya Keupayaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid sekolah
rendah kebangsaan luar bandar, masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakpercayaan mereka menguasainya. Berikutan itu, akan
timbullah masalah dalam penulisan. Banyak kajian yang dijalankan mendapati
kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek
membina ayat dengn betul dan lengkap.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Saya menfokuskan kepada isu masalah
membina ayat. Saya akan menggunakan teknik SAL untuk menyelesaikan masalah ini.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
No comments:
Post a Comment