Wednesday, 30 January 2019

PAT:NUR SYIEFFA KHAIRUNNISA BINTI ZAINI(PENJODOH BILANGAN)


PENJODOH BILANGAN
NUR SYIEFFA KHAIRUNNISA BINTI ZAINI
Sk Kuala Awang

1.0  PENDAHULUAN
Perkongsiaan Amalan Terbaik (PAT) merupakan satu usaha yang telah dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Limbang untuk  berkongsi amalan yang terbaik antara guru-guru di Daerah ini. Melalui PAT ini, guru-guru dibimbing untuk mencipta intervensi bagi membantu murid-murid menyelesaikan sesuatu isu ataupun intervensi yang berkaitan dengan pendidikan. Kajian oleh Kyriakides, Creemers, Antoniou dan Demetriou (2010) mendapati guru di sekolah berkesan sentiasa mengambil langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dan membina persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan kehendak murid. Manakala, kajian Retna (2007) mendapati komunikasi berkesan dan perhubungan kerja yang baik antara guru menyokong guru untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif.
            Umum mengetahui bahawa interversi atau kajian tindakan merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menambah baik amalan, kemahiran dan pedagogi guru-guru. Justeru itu, PAT ini sudah pasti memberi faedah bukan sahaja kepada guru malahan kepada murid.

2.0  ISU
Bahasa Melayu merupakan satu subjek yang memerlukan murid untuk memahami sistem ejaan, tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul. Oleh itu, murid perlu memahami setiap aspek untuk membolehkan mereka membina ayat dan karangan menggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul.
            Semasa mengajar tajuk Penjodoh Bilangan kepada murid tahun 3, saya mendapati mereka agak sukar memahami topik tersebut. Murid didapati keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan yang betul dan sesuai. Hal ini berlaku bukan sahaja kepada murid yang lemah malahan kepada murid yang pandai di dalam kelas tersebut. Justeru itu, saya merasakan masalah ini merupakan satu isu yang perlu saya selesaikan memandangkan topik penjodoh bilangan akan digunakan bukan sahaja di sekolah rendah malahan di semua peringkat pendidikan seperti menengah dan universiti. Tambahan pula, penggunaan penjodoh bilangan juga penting dalam penggunaan ayat yang betul dalam kehidupan seharian murid.
Justeru itu, isu yang akan saya ketengahkan dalam Perkongsiaan Amalan Terbaik (PAT) ini adalah murid sukar untuk memahami penggunaan penjodoh bilangan yang betul dan sesuai.


ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

https://docs.google.com/document/d/1ID7s531G9kosun6GFuj_lt8qSQ1fILNk9OGU7su8TEE/edit?usp=sharing

No comments:

Post a Comment