Wednesday, 30 January 2019

PAT:USTAZAH SITI NAZIRAH BINTI ARSHAD (POP UP NOTES DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM)


NAMA GURU                                                      : USTAZAH SITI NAZIRAH BINTI ARSHAD

SEKOLAH                                                           : SMK AGAMA LIMBANG

SUBJEK                                                              : PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK    : POP UP NOTES DALAM PDPC PENDIDIKAN
                                                                               ISLAM     

KELAS/KUMPULAN SASARAN                        : TINGKATAN 2 DLP AL-KHINDI


1.0 PENDAHULUAN

                 Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai untuk para pelajar perlu dirangka dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh para pendidik bagi memperoleh kualiti pendidikan yang terbaik. Guru Pendidikan Islam pada masa kini perlu memiliki pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk disesuaikan dengan keperluan para pelajar sekolah. Ini bertujuan mencapai matlamat sistem Pendidikan Islam untuk memberikan kemahiran, pengetahuan, memupuk penghayatan dan membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah S.W.T.

                 Maka, guru-guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah perlu bijak memilih kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan para pelajar mereka dan perlu bersedia untuk menjalankan penyelididkan bagi membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping terus melakukan inovasi yang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa. Kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam perlulah digabungjalinkan dengan pengaturan kendiri dalam Pendidikan Islam, pengajaran berasaskan komputer serta pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan laman web dan sebagainya.

                 Selain itu, penekanan pendekatan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan akidah perlu dipertingkatkan di samping memperkenalkan pembelajaran berasaskan masalah dalam pendidikan akhlak juga perlu diutamakan. Satu pendekatan pembelajaran yang baru, iaitu pembelajaran berasaskan usrah dalam Pendidikan islam hendaklah diterapkan yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid untuk melahirkan manusia yang seimbang di dunia dan di akhirat. Besarlah harapan semua untuk melahirkan generasi yang mampu seimbang dunia dan akhirat bagi mendepani cabaran masa depan yang kian membimbangkan.


2.0  ISU DAN MASALAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM

                 Subjek Pendidikan Islam seringkali dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Padahal subjek ini banyak mendidik, mengasuh, mentarbiyyah dan membimbing para murid seimbang dunia dan akhirat. Kita tidak boleh menafikan proses menuju alam dewasa penuh dengan cabaran dan liku kehidupan. Kerana itulah, Islam meminta umatnya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah bagi mendepani onak duri dalam mencari redha Tuhan. Para guru agama memandang serius isu ini bila dunia kini kita disajikan dengan pelbagai berita yang tidak enak didengar. Murid mengandung luar nikah, ponteng sekolah, berpeleseran dan 1001 lagi berita yang menyedihkan berkenaan anak didik di sekolah.
                 Apabila anak-anak diberikan asas aqidah yang kukuh, inshaAllah mereka mampu mengharungi arus kehidupan yang penuh dugaan. Asasnya adalah kembali kepada agama dan Tuhan. Maka, subjek Pendidikan Islam juga merupakan satu langkah yang baik untuk mendidik anak-anak masa kini dengan acuan hidup yang sebenar. Pokok pangkalnya tanyalah iman. Adakah kita hendak membiarkan subjek ini tenggelam kerana sibuk mengejar kejayaan di dunia semata-mata?
                 Oleh itu, semua pihak harus mengambil langkah bersepadu bagi membantu subjek Pendidikan Islam bangkit semula. Isu semasa yang sering didengar antaranya ialah subjek ini selalu dianaktirikan, diletak dhujung waktu ketika rata-rata murid mulai mengantuk dan pelbagai lagi keluhan dari ustaz dan ustazah di sekolah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sama-samalah kita fikirkan solusinya dari bertelagah dan saling menuding jari mencari kesalahan.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:




No comments:

Post a Comment