A)
MAKLUMAT
GURU DAN INTERVENSI/PAT
NAMA GURU : NURUL
HAYATUL AZWA BINTI
HJ. BOLHASSAN.
LIYANA BINTI AMIT
SEKOLAH : SMK
KUBONG
SUBJEK : BAHASA MELAYU
TAJUK INTERVENSI: MENINGKATKAN PRESTASI MELALUI PDPC
BERKESAN.
KELAS/KUMPULAN SASARAN: 1C
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran
dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu selalunya tidak memberi keseronokan kepada
murid – murid di sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan teknik
pengajaran guru yang berkesan. Guru biasanya menggunakan teknik yang
konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh
sebab itu, pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu
seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau
kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran
pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.
Justeru,
sebagai guru, kita perlu meningkatkan prestasi murid melalui PDPC yang berkesan
seperti teknik improvisasi dan teknik penyoalan yang baik dan berkesan. Guru
haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan
mengaplikasikan teknik – teknik seperti improvisasi dan bersoal jawab. Teknik
yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas.
2.0 ISU YANG DIPILIH:
i.
Murid
kurang menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.
ii.
Murid
kurang bertanya soalan semasa PDPC berlangsung kerana ketandusan idea
3.0 INTERVENSI
I.
Guru
akan menggunakan teknik improvisasi iaitu murid digalakkan berdialog secara
spontan bersama murid lain dalam satu kumpulan.
II.
Murid
pula perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu untuk memantapkan
penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid.
III.
Murid
juga akan berupaya menggunakan Bahasa secara pragmatic iaitu Bahasa yang
bermakna mengikut konteks.
IV.
Murid
akan diberikan kertas nota atau “sticky notes” untuk mencatatkan soalan yang
berkaitan dengan isi pembelajaran yang kurang difahami atau untuk mengetahui
lebih lanjut tentang sesuatu perkara.
V.
Guru
boleh mengadakan pertandingan murid paling banyak mengemukakan soalan dengan
memberikan ganjaran sebagai galakan untuk murid mengemukakan soalan
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
i.
Murid
boleh menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.
ii.
Murid
boleh mengemukakan soalan dan pendapat semasa PDPC berlangsung untuk
mengembangkan idea.
5.0 LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN
5.1 LANGKAH 1:
1.
Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Contohnya empat hingga lima orang bagi
satu kumpulan.
2.
Satu
gamabr diberikan atau dipamerkan oleh guru kepada murid. Seterusnya murid akan
menyediakan skrip secara spontan berdasarkan gambar yang diberi.
3.
Murid
berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan skrip dialog yang menarik dan
boleh menghiburkan berdasarkan kepada gambar yang diberi.
4.
Setelah
tamat perbincangan, murid dalam setiap kumpulan akan mempersembahkan aksi
lakonan mereka berdasarkan dialog yang telah dibincangkan.
5.2 LANGKAH 2:
1.
Semasa
kumpulan melakonkan aksi, ahli daripada kumpulan lain akan mencatat isu atau
maklumat penting yang disampaikan dalam lakonan tersebut.
2.
Selain
itu, ahli kumpulan juga menyediakan soalan yang berkaitan dengan isu yang telah
disampaikan dalam lakonan tersebut.
3.
Setelah
selesai persembahan, ahli kumpulan yang lain akan mengemukakan soalan yang
berkaitan secara bertatasusila.
4.
Setiap
murid yang menyoal akan dicatat dan ganjaran akan diberikan kepada murid yang
mengemukakan soalan yang terbanyak.
6.0 IMPAK INTERVENSI
i.
Melalui
teknik ini, guru dapat mengesan pengetahuan dan penguasaan berbahasa dalam diri
murid.
ii.
Teknik
ini juga, boleh menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif, inovatif,
logic dan kritis.
iii.
Murid
juga akan bertambah aktif semasa melakukan aktiviti ini.
iv.
Teknik
improvisasi ini juga boleh menambahkan minat murid dan mengelakkan mereka
daripada berasa jemu. Ia juga akan dapat menguji pengetahuan sedia ada murid.
v.
Menerusi
teknik ini juga, hubungan antara guru dan murid dapat dieratkan dimana murid
tidak segan untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami hasil pembelajaran
semasa PDPC dijalankan. Murid juga akan lebih bersedia untuk menghadapi
peperiksaan dengan bantuan daripada guru.
7.0 KESIMPULAN
Teknik
improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajarab Bahasa Melayu
kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid – murid menajamkan
sensitivity mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai – nilai
murni masyarakat dan budaya merek, menanamkan jati diri bangsa serta
memperkembangkan daya imaginasi. Kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta
kemahiran komunikasi murid.
Dengan
menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk melakon
secara spontan, ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan
berkesan disamping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata
mereka.
Kemahiran
menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara
yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Setiap murid akan mengemukakan
soalan kepada guru di dalam bilik darjah bertujuan untuk memahami setiap konsep
yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas.
Melalui
teknik penyoalan ini, pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar supaya
mereka dapat meningkatkan prestasi dan potensi dalam diri mereka. Teknik ini
juga dapat membantu murid supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang
ilmu dengan lebih giat lagi. Justeru, guru memainkan peranan penting dengan
mengemukakan soalan kepada murid agar murid dapat berfikir mengenai topik yang
dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, kemahiran
menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam bidang pendidikan.
No comments:
Post a Comment