A.
MAKLUMAT
GURU DAN INTERVENSI/ PAT
NAMA GURU : ASTRI BINTI AHMAD
SEKOLAH : SMK KUBONG LIMBANG
SUBJEK : SEJARAH
NAMA GURU : FAIQAH BINTI JAPAR
SEKOLAH : SMK KUBONG LIMBANG
SUBJEK : SEJARAH
TAJUK
INTERVENSI/ PAT: PENERAPAN NILAI MURNI
SEMASA PDPC DALAM KALANGAN PELAJAR
KELAS/
KUMPULAN SASARAN : PELAJAR TINGKATAN
1 – 5
B.
ISI
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
Dewasa
ini, kita sering melihat masalah yang timbul dalam kalangan pelajar terutamanya berkaitan dengan sikap mereka yang kurang peka apabila
berkomunikasi dengan guru khususnya. Selari dengan perkembangan dunia
pendidikan yang menuju ke arah
pembudayaan pembelajaran abad ke-21, kita sebagai pendidik juga seharusnya perlu menitik
beratkan nilai murni dalam diri pelajar. Pendidikan perlu mengambil peranan yang penting
dalam membina nilai-nilai yang positif kepada masyarakat ke arah menuju sebuah negara yang maju dan moden. Tanpa
penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan
insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi huru hara. Sebagai contoh negara matahari
terbit Jepun, yang terkenal dengan kepandaian mencipta
teknologi tinggi, namun kadar kematian akibat dari kes membunuh diri juga merupakan ancaman terhadap masyarakatnya.
Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia
telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia. Negara Jepun
sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan
10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun. Akibatnya masyarakat yang sudah tiada amalan nilai-nilai
murni akan menyebabkan kehancuran
sistem kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Secara
keseluruhan terdapat penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kajian ini diharapkan mampu memberi kesedaran
tentang kepentingan penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah yang seimbang seharusnya diselitkan sedikit unsur atau nilai murni
yang boleh dipraktikkan oleh pelajar. Penerapan nilai-nilai murni yang
dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembentukan sahsiah pelajar sekolah menjadi persoalan yang perlu dirungkaikan.
Sehubungan itu, kajian berkaitan penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan
oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan.
Justeru itu, penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar amat diperlukan dalam mengenal sejauhmanakah tahap
penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penerapan
nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar sekolah berdasarkan tiga
piawaian iaitu bekerjasama, hormat menghormati dan berhemah tinggi. Oleh yang
demikian, kajian ini di buat adalah untuk mengenal pasti samada amalan
nilai-nilai murni pelajar di sekolah mampu membentuk sahsiah pelajar.
4.0 LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN
Terdapat beberapa
langkah dalam melaksanakan amalan ini. Pertama, pelajar dilatih untuk memberi salam kepada guru setiap kali
guru masuk ke kelas. Selepas pelajar memberi
salam mereka akan mengucapkan ucapan yang positif kepada guru mereka. Berikut merupakan contoh ucapan positif
yang boleh digunakan:
i.
Apa
khabar hari ini cikgu?
ii.
Cikgu
nampak ceria hari ini.
Sebelum berakhirnya PdPc, pelajar akan
mengucapkan terima kasih kepada guru dan seterusnya
mereka akan memberi ucapan positif sekali lagi untuk guru mereka. Contoh ucapan positif tersebut adalah:
i.
Jumpa
lagi, cikgu
ii.
Semoga
Tuhan memberkatimu, cikgu
5.0 IMPAK
INTERVENSI
Terdapat beberapa impak yang boleh diperolehi dari amalan
ini. Impak yang pertama, sentiasa
mendoakan kesejahteraan guru mereka dan amalan ini akan sentiasa dipraktikan oleh pelajar walarupun mereka
berada di luar kawasan sekolah. Justeru, melalui amalan ini, pelajar akan lebih menghormati serta menghargai
guru mereka
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penerapan amalan ini
amatlah berkesan jika diamalkan dan dipupuk dari seawal persekolahan pelajar agar nilai-nilai murni yang
sedia ada dalam diri pelajar terpelihara.
Peranan penerapan amalan nilai murni bukan sahaja dari sebelah pihak untuk mengamalkannya, bahkan melibatkan semua
pelajar, guru juga ibu bapa pelajar sendiri.
No comments:
Post a Comment