NAMA
GURU: IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM
SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG, LIMBANG
SUBJEK:
SAINS
TAJUK
INTERVENSI / PAT: NOTA BERKUMPULAN
KELAS:
1 KRKB
1.0 PENDAHULUAN
Salah
satu cara untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik
pembelajaran ialah dengan menghasilkan nota yang efektif. Apabila pelajar
menghasilkan nota tanpa memahaminya, ia akan memberikan kesukaran kepada
pelajar. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang pelajar untuk menghasilkan nota
yang efektif dan memahaminya. Dengan adanya kemahiran untuk menghasilkan nota
yang efektif, pelajar mampu untuk memahami sesuatu topik pembelajaran tersebut dengan
mudah.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Semasa
berada di dalam kelas, saya menyuruh pelajar untuk menulis nota secara
berkumpulan bagi topik yang dibincangkan. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dibuat, kebanyakan pelajar hanya menyalin sahaja nota terus dari buku teks.
Mereka tidak dapat membezakan isi-isi penting dan yang kurang penting. Ini
menjadikan nota mereka sangat panjang dan kelihatan bosan untuk dibaca. Apabila
ditanya kepada murid, adakah mereka akan membaca nota tersebut? Kebanyakan
daripada mereka menjawab tidak. Hal ini kerana nota tersebut membosankan.
Terdapat juga pelajar yang tidak mahu
menulis nota sendiri. Mereka lebih suka meminjam nota daripada rakan yang lain.
Hal ini kerana mereka tidak tahu cara untuk menghasilkakn nota yang efektif.
Ini merupakan satu kerugian bagi para
pelajar sekiranya mereka tidak tahu untuk menghasilkan nota mereka sendiri
tanpa mengharapkan orang lain. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya
menggunakan kaedah penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran
(i-Think) secara berkumpulan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
i.
Penghasilan
nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) dapat membantu pelajar
menghasilkan nota yang efektif.
ii.
Nota
yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota yang dihasilkan.
4.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
4.1 LANGKAH 1
Pelajar
juga diterangkan mengenai penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam penghasilan
nota dan jenis-jenis peta i-Think.
o
Peta
buih
o
Peta
buih berganda
o
Peta
pokok
o
Peta
dakap
o
Peta
titi
o
Peta
alir
o
Peta
bulatan
o
Peta
pelbagai alir
4.2 LANGKAH 2
Pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk yang
berbeza berdasarkan topik perbincangan.
Guru
mengagihkan kertas A4 yang akan digunakan untuk menghasilkan nota. Bahan lain
yang digunakan seperti pen, pensel, warna dan marker pen adalah daripada pelajar
sendiri.
4.3 LANGKAH 3
Setiap
kumpulan pelajar tersebut akan menghasilkan nota ringkas berdasarkan tajuk yang
telah diberi. Pelajar boleh merujuk buku teks atau buku rujukan untuk mencari
isi-isi penting. Pelajar boleh bertanyakan kepada guru sekiranya mereka kurang
pasti dengan isi yang telah mereka cari.
Nota
yang dihasilkan hendaklah menggunakan peta pemikiran mengikut kreativiti
pelajar sendiri. Setiap ahli dalam kumpulan perlu melibatkan diri.
4.4 LANGKAH 4
Pada
akhir kelas, nota yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan dikumpulkan
bersama dan dikongsikan dengan rakan-rakan mereka yang lain. Akhirnya, satu
nota yang lengkap dan ringkas mengenai topik perbincangan telah berjaya
dihasilkan oleh pelajar sendiri.
5.0 IMPAK INTERVENSI
Hasil
daripada kaedah ini, penghasilan nota secara individu yang panjang dan
membosankan dapat ditukarkan kepada penghasilan nota ringkas secara berkumpulan
menggunakan peta pemikiran yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat
menarik minat pelajar untuk membaca nota dan membuat ulangkaji menggunakan nota
yang telah dihasilkan. Selain itu, daya kreativiti pelajar juga dapat
dihasilkan apabila mereka menghasilkan nota. Nilai kerjasama dalam kalangan
pelajar turut dapat ditingkatkan.
6.0 KESIMPULAN
Penghasilan
nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) secara berkumpulan dapat
memupuk minat pelajar untuk menulis nota dan secara tidak langsung dapat
menarik minat mereka untuk membaca nota yang telah dihasilkan. Pelajar juga
dapat meghasilkan nota yang efektif yang boleh disimpan sebagai rujukan mereka.
No comments:
Post a Comment