TEKNIK KAWAN 10 TERHADAP
KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1
SENIAH
BINTI LUWI
SOPHIA ANAK MERUM
SEKOLAH
KEBANGSAAN MELAYU PUSAT, LIMBANG, SARAWAK
1.0
PENDAHULUAN
Program Bimbingan bersama
SISC+ di bawah anjuran Pejabat Pendidikan Bahagian Limbang sangat memberi
banyak manfaat kepada guru yang dibimbing. Lama berkhidmat bukanlah satu tiket
untuk menyatakan guru tersebut mahir dan hebat dalam pdpc di dalam bilik
darjah. Hakikatnya banyak lagi teknik dan kaedah yang perlu diterokai dan
dipraktikkan di dalam bilik darjah agar objektif pdpc tercapai dan menarik. Ini
sangat penting untuk menghasilkan anak didik yang berkebolehan, berkemahiran
dan mempunyai pemikiran yang kreatif.
Kaedah dan teknik yang guru
gunapakai semasa pdpc bergantung kepada aras kefahaman dan kebolehan murid di
dalam kelas. Keutamaan diberi kepada murid-murid yang bermasalah dalam proses
pembelajaran. Kami akan berkongsi satu amalan yang telah digunakan semasa pdpc
kami bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 dalam tajuk penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula nombor dalam lingkungan 100.
Kami telah menggunakan dan
mengaplikasikan model pengajaran Kemmis iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merefleks. Seramai 18 orang murid dari dua kelas yang terdiri daripada
Tahun 1 Bestari dan Tahun 1 Karisma
terlibat. Ujian pra dan pos serta analisis dokumen digunakan bagi tujuan
pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel bagi
mendapatkan analisis statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati
intervensi kaedah ‘Kawan 10’ berkesan terhadap murid-murid bagi meningkatkan
kemahiran penguasaan konsep penolakan secara mengumpul semula dan mengurangkan
kesilapan yang berlaku dalam pengiraan. Cadangan daripada perkongsian ini diharapkan
intervensi ini dapat diperluaskan dalam sesi pengajaran guru bagi topik
penolakan dengan mengumpul semula.
2.0
ISU YANG DIPILIH
Kanak-kanak telah memulakan pembelajaran matematik sebelum
mereka memasuki sekolah. Mereka belajar untuk mengira dan mereka boleh
menyelesaikan masalah yang mudah dengan mengira. Di peringkat sekolah rendah,
subjek Matematik memberi tumpuan kepada pembangunan nombor asas, pemahaman
operasi dan kecekapan dalam melaksanakan pengiraan. Dalam Prinsip dan Standard
Sekolah Matematik (NCTM 2000; Dodd, & Rivera 2003) menerangkan
perkembangan kemahiran dan konsep Matematik menegaskan bahawa murid perlu:
·
Memahami nombor, cara untuk mewakili nombor,
hubungan dalam nombor dan sistem nombor.
·
Memahami makna operasi dan bagaimana ia
berkaitan dengan satu sama lain.
·
Mengira dengan lancar dan membuat anggaran yang
munasabah
Tetapi realitinya tidak semua
murid di dalam sesebuah kelas dapat mencapai objektif pembelajaran yang diajar
oleh guru dengan semaksimumnya seperti mana yang dikehendaki dalam standard
pembelajaran. Semasa proses pdpc berlangsung bagi murid-murid Tahun 1 Bestari
dan Karisma, kami dapati sebilangan murid-muridnya bermasalah bagi topik
penolakan terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Maka, kami telah memilih
topik penolakan dengan mengumpul semula bagi nombor dalam lingkungan 100.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
No comments:
Post a Comment