Friday, 12 April 2019
Friday, 1 February 2019
PAT: MUHAMMAD MU’AZ BIN BAKTHIAR CHEN (COLLABORATIVE LEARNING)
COLLABORATIVE LEARNING
MUHAMMAD MU’AZ
BIN BAKTHIAR CHEN
SEKOLAH: SK
MELAYU PUSAT
KELAS: 5 DINAMIK
1. Introduction
The term collaborative learning is a
way of teaching which has a very broad definition. In this article,
collaborative learning refers to the language learning process which needs
pupils to cooperate in group or whole class activity to achieve the targeted
outcomes of the lesson. Cooperative learning could be use as a method to
enhance pupils’ interest to study English language. Besides that, it is
important to understand that collaborative learning is not solely focusing on
group work. Instead, it can be done in a large classroom or other proper medium
of interactions which involve large number of participants.
2. Issues
In my classroom, some of the pupils
were reluctant to involve actively in the activities during English lesson.
This situation usually occurred during group work activity because some of the
pupils had low self-confident to involve themselves during the lesson. Due to
this situation, I was not able to manage good and effective learning process.
Besides that, for the good or
advance learners, they tended to take control of the group task because they
wanted to finish the task as soon as possible. However, this situation leaded
to imbalance involvement among the group members. For example, in a group with
an advance pupil, he or she usually tried to complete the task on his or her
own while other members acted as passive learners.
The big gap between advance and weak
learners could decrease pupils’ motivation to take part in group and whole
class activities. The advance learners will feel bored and the weak learners
will feel hopeless because the task given is not appropriate for their level.
Hence, some teachers may choose to divide pupils according to their abilities
and provide them task with different level of difficulties. This is a good and
effective move to overcome this problem. However, teacher may also use other
approach such as by using collaborative learning strategy.
3. Steps to
overcome the problems
To overcome the problems as
mentioned previously, I tried to use collaborative learning with other
techniques to ensure the effectiveness of the learning process during the
lesson.
3.1 Group
In preparing group activity, I chose
to pick groups with mixed ability. By making this decision, I hope that the
advance learners able to help the average and weak learners in their respective
groups. In order to ensure the successfulness of this planning, each group
members were given specific roles such as presenter, writer, time keeper and
group leader. The group members were given freedom to choose their own roles.
Besides that, I prefer my pupils to stay in the same group for a few lessons to
create better understanding among them. Picture 1 and 2 show that the pupils
were given their specific roles in completing the task given.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
https://docs.google.com/document/d/1szLyrdYdx8rUMN7YY1VwoLsAh67llw7JZSMaI3V3aRk/edit?usp=sharing
Thursday, 31 January 2019
PAT: KIRANJIT SINGH A/L GURCHARAN SINGH (MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH DENGAN KAD PES)
Oleh;
KIRANJIT SINGH A/L GURCHARAN SINGH
SMK MEDAMIT, LIMBANG
SARAWAK.
ABSTRAK
Sejarah
ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia
dan menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM sejak tahun 2013. Bermula
dari tahun 2013 mata pelajarn sejarah terutamanya dalam kertas 2 dan kertas 3
menggunakan soalan-soalan KBAT. Soalan KBAT TERBUKA ini membawa markah yang
banyak dan bilangannya telah bertambah sejak tahun 2013 hingga sekarang. Kumpulan
pelajar daripada kelas 5B sering menghadapi masalah dalam memahami dan menjawab
soalan-soalan KBAT TERBUKA ini. Majoriti pelajar dalam kelompok ini tidak dapat
menjawab soalan ini dengan berkesan .Bahkan ada yang tidak mendapat sebarang markah
daripada soalan-soalan ini yang sekaligus menyumbang kepada kegagalan mendapat markah
yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu “KAD PES” telah dicipta bagi membolehkan
para pelajar memahami serta dapat menjawab soalan-soalan KBAT TERBUKA dan baik
dan mendapat markah yang tinggi. KAD PES ini telah membawa perubahan kepada kelompak
pelajar yang menghadapi masalah ini. Setelah pendekatan ini digunakan kelompok pelajar
yang menghadapi masalah menjawab soalan ini telah berjaya memahami bagaimanacara
mengolah jawapan bagi soalan sebegini. Keadaan ini sekaligus telah meningkatkan
keyakinan dalam diri mereka untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang
diberikan.
https://docs.google.com/document/d/1OV9rhtguGKdDxXMPSAskdBfVt_PhDq_DlAEhhIAAnKw/edit?usp=sharing
PAT: JEHIN ANAK JAMES (EXCITED SPINNER)
EXCITED
SPINNER
NAMA GURU : JEHIN ANAK JAMES
SEKOLAH :
SMK MEDAMIT, LIMBANG
SUBJEK :
PENDIDIKAN MORAL
TAJUK INTERVENSI : EXCITED SPINNER
KELAS :
TINGKATAN 4B
1.0 PENDAHULUAN
Peluang
yang diberikan oleh SISC+ kepada saya ini tidak saya sia-siakan. Banyak yang
saya belajar mengenai teknik pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Saya guru yang
dibimbing oleh Dr. Usang AK Ngrambang, banyak ilmu, tunjuk ajar dan nasihat
beliau yang saya terima dan terapkan dalam PDPC saya. Hasilnya sangat
memberansangkan dari segi penglibatan pelajar. Bimbingan dari Dr Usang juga
telah membuat saya mencetuskan satu idea yang saya yakin sangat berguna dalam
PDPC saya. Idea tersebuat adalah teknik “excited spinner”.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Isu
yang saya pilih adalah mengenai memvariasikan teknik memilih pelajar untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru ataupun memilih pelajar untuk
sebarang aktiviti PDPC. Mengikut pemerhatian dan pengalaman saya sendiri,
kebanyakan guru jika mengajukan soalan. Mereka cenderung menggunakan teknik
pemilihan rawak, iaitu guru akan memilih mengikut suka hati. Maka, pemilihan
itu pasti ada tidak keseimbangan yang bermaksud guru akan lebih suka memilih
pelajar yang beliau rasa boleh jawab. Justeru, pelajar yang jarang dipilih atau
tidak pernah dipilih untuk menjawab sesuatu soalan guru akan lebih menjadi
pasif dan tidak dapat menyuarakan pendapat mereka sendiri. Akibatnya, pelajar
tersebut lebih banyak mendiamkan diri dari terlibat dalam aktiviti PDPC.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
Intervensi
ini dibuat dengan bertujuan membantu guru untuk mempelbagaikan cara mereka
untuk memilih pelajar. Guru tidak akan lagi bergantung dengan satu teknik
pemilihan pelajar. Intervensi ini juga bertujuan memasukkan aspek ICT atau
teknologi dalam PDPC guru-guru.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
PAT:PRICELLAPETRA ADIN (FUN LEARNING FOR SCIENCE)
A) MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI / PAT
NAMA GURU : PRICELLAPETRA ADIN
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA AWANG
SUBJEK : SAINS
TAJUK
INTERVENSI / PAT :
FUN
LEARNING FOR SCIENCE
KUMPULAN
SASARAN :
7 orang murid Tahun 6
1.0 PENDAHULUAN
Fun Learning For Science adalah satu cara
pengajaran dan pemudahcaraan yang digunakan khas unrtuk membantu murid Tahun 6
dalam menguasai matapelajaran Sains degan baik.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Antara isu
yang diketengahkan sebelum pelaksanaan Fun
Learning For Science ialah;
a)
Murid tidak berminat untuk belajar semasa proses pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc).
b)
Markah murid pada Kertas 1 sangat rendah
c)
Murid mempunyai sikap malas membaca.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
Fun Learning For Science mempunyai beberapa
objektif. Antaranya ialah;
a)
Menarik minat murid sewaktu PdPc.
b)
Meningkatkan markah murid Tahun 6 dalam Kertas 1
c)
Membantu murid mendapatkan pengetahuan walaupun kaedah nyanyian.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
https://docs.google.com/document/d/1jIeeDzWsdeMJJZw3VTv6lagxaOf2Tf34J42HMbsMm58/edit?usp=sharing
PAT: HAZWANI BINTI TAN (MEMBUNDARKAN NOMBOR)
NAMA GURU : HAZWANI BINTI TAN
SEKOLAH
: SK SUNGAI POYAN, LIMBANG
SUBJEK
: MATEMATIK
TAJUK
INTERVENSI/PAT : MEMBUNDARKAN NOMBOR
KELAS
: TAHUN 5
KUMPULAN SASARAN : 9 ORANG
(PEMULIHAN)
1.0 PENDAHULUAN
Pembundaran
merupakan satu kemahiran matematik yang mana digit-digit nombor dihampirkan
kepada nilai tempat yang dikehendaki. Hasilnya kurang tepat, tetapi amat mudah
dalam membantu menyelesaikan masalah harian. Jelaslah di sini, pembundaran
merupakan satu strategi yang digunakan untuk menganggar sesuatu nilai.
2.0 ISU YANG DIPILIH
Ramai
murid menghadapi masalah dalam melakukan pembundaran nombor. Terdapat tiga
masalah yang sering dihadapi oleh murid. Yang pertama, murid keliru dengan
kaedah tambah 1 dan tambah 0. Yang kedua, murid masih tidak faham dengan konsep
pembundaran. Ketiga, murid tidak tahu cara yang betul untuk menulis nombor yang
telah dibundarkan.
3.0 INTERVENSI
Jalan, ambil kawan pusing-pusing naik
moto.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
https://docs.google.com/document/d/1GVbaK_pNh9YbxEVCkI2kvWzM37gIoe-NQCUCiRyWtdY/edit?usp=sharing
PAT:KONIA BINTI ZAINI (“Project- Based Learning)
NAMA : KONIA
BINTI ZAINI
SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH AGAMA LIMBANG
SUBJEK:
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TAJUK:
PROJECT BASED LEARNING
KELAS:
TINGKATAN 3
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DALAM Pdpc
” “Project- Based Learning
” “Project- Based Learning
Pembelajaran berasaskan projek( Project Based
Learning)
satu aktiviti penyiasatan mendalam tentang
suatu topik dunia sebenar yang berfaedah kepada pelajar’
(Sylvia Chard, Associate Professor of
Education, University of Alberta, Alberta Canada
- melalui proses inkuiri yang
kompleks bagi menyelesaikan persoalan satu kaedah pengajaran sistematik yang
melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran dunia sebenar
yang akhirnya menghasilkan suatu output pembelajaran
Buck Institute of Education
PBL berdasarkan kepada kurikulum ..
-
Berdasarkan keperluan kurikulum
-
Pembelajaran berdasarkan pendekatan inkuiri
- Proses
inkuiri berdasarkan kepada satu persoalan
- Guru dan
pelajar bersama dalam proses menjawab soalan penyiasatan
educating the millenial
learner…
PBL
mengemukan persoalan yang akan dijawab oleh pelajar
- Guru akan
atau pelajar mengemukan satu tema persoalan yang akann memandu pelajar membuat
projek secara berkolaborasi.Projek ini akan mengintigerasikan pelbagai subjek
dalam kurikulum
PBL
memerlukan pelajar menjawab persoalan
dunia sebenar- Pengetahuan secara holistic
PBL adalah
satu kaedah yang memerlukan pelajar
menghuraikan isu dan persoalan yang rumit
-
Mengalakkan persefahaman
- students
explore, make judgements, interpret,and synthesize the information in
meaningful ways
Mengapa PBL diperlukan???
Mengikut
artikel Futureworks: Trends and
Challenges for works in the 21st. Century,
“ we
living in a new economy – powered by the technology, fueled by information, and
driven by knowledge”
-Ini bermakna,
penggunaan PBL akan membantu murid untuk membina kemahiran dan ketrampilan
dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih berasaskan
Kepada maklumat dan teknologi. Negara maju
menggunakan
pendekatan ini dalam dalam bilik darjah.
PBL mampu melahirkan murid yang boleh menghadapi
dunia abad ke - 21
… educating the millenial learner…
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT
https://docs.google.com/document/d/1Nqxi7TvGvW-bj9zj5aNMRbd6q0MRiRqyKWU-ZxUsVUs/edit?usp=sharing
Wednesday, 30 January 2019
PAT: Mohd Azmee Bin Damit (Penggunaan “Kad Pecahan Overlay” Untuk Menambah Pecahan Wajar Dengan Penyebut Tidak Sama Dalam Kalangan Murid Tahun 4)
1.0
PENDAHULUAN
Matematik merupakan sebuah bidang ilmu yang melatih
minda supaya berfikir secara bersistem dalam penyelesaian masalah. Matematik
merupakan sebuah mata pelajaran yang penting dan diajar di sekolah-sekolah di
seluruh dunia. Hal ini kerana Matematik banyak diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Penguasaan Matematik membantu manusia dalam kelangsungan hidup.
Namun, kebiasaannya Matematik dianggap sebagai pelajaran yang sukar.
Murid-murid yang kurang menguasai Matematik sering kali kurang berminat dan
mengabaikan mata pelajaran ini. Hal ini kerana murid merasa susah untuk
menguasai dan susah untuk mendapat skor yang baik dalam mata pelajaran ini.
Menurut Laporan Jemaah Nazir (1990), kefahaman pelajar
terhadap konsep Matematik banyak dipengaruhi oleh cara penyampaian dan
pengkaedahan pengajaran. Oleh itu, menjadi tugas bagi guru-guru masa kini untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penyampaian demi memastikan murid mendapat
kefahaman yang baik terhadap konsep Matematik. Selain itu, ia mampu menarik
minat dan kecenderungan murid untuk beajar Matematik. Oleh itu, satu kaedah
untuk membantu murid memahami konsep penambahan pecahan perlu diwujudkan.
2.0
ISU
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah
membuat pemerhatian pada murid secara tidak formal. Semasa menjalankan
pemerhatian, saya mendapati murid mengalami masalah untuk menambah pecahan
tidak sama penyebut. Murid hanya melakukan penambahan pecahan tanpa menyamakan
penyebtu terlebih dahulu.
Kebiasaannya, guru hanya menerangkan bahawa dua
pecahan yang tidak sama penyebut perlu ditukar menjadi pecahan sama penyebut
sebelum menambah dua pecahan tersebut. Memandangkan topik ini adalah topik baharu
bagi murid Tahun 4, guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat murid belajar
topik ini.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
PAT: SENIAH BINTI LUWI DAN SOPHIA ANAK MERUM (TEKNIK KAWAN 10 TERHADAP KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1)
TEKNIK KAWAN 10 TERHADAP
KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1
SENIAH
BINTI LUWI
SOPHIA ANAK MERUM
SEKOLAH
KEBANGSAAN MELAYU PUSAT, LIMBANG, SARAWAK
1.0
PENDAHULUAN
Program Bimbingan bersama
SISC+ di bawah anjuran Pejabat Pendidikan Bahagian Limbang sangat memberi
banyak manfaat kepada guru yang dibimbing. Lama berkhidmat bukanlah satu tiket
untuk menyatakan guru tersebut mahir dan hebat dalam pdpc di dalam bilik
darjah. Hakikatnya banyak lagi teknik dan kaedah yang perlu diterokai dan
dipraktikkan di dalam bilik darjah agar objektif pdpc tercapai dan menarik. Ini
sangat penting untuk menghasilkan anak didik yang berkebolehan, berkemahiran
dan mempunyai pemikiran yang kreatif.
Kaedah dan teknik yang guru
gunapakai semasa pdpc bergantung kepada aras kefahaman dan kebolehan murid di
dalam kelas. Keutamaan diberi kepada murid-murid yang bermasalah dalam proses
pembelajaran. Kami akan berkongsi satu amalan yang telah digunakan semasa pdpc
kami bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 dalam tajuk penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula nombor dalam lingkungan 100.
Kami telah menggunakan dan
mengaplikasikan model pengajaran Kemmis iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merefleks. Seramai 18 orang murid dari dua kelas yang terdiri daripada
Tahun 1 Bestari dan Tahun 1 Karisma
terlibat. Ujian pra dan pos serta analisis dokumen digunakan bagi tujuan
pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel bagi
mendapatkan analisis statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati
intervensi kaedah ‘Kawan 10’ berkesan terhadap murid-murid bagi meningkatkan
kemahiran penguasaan konsep penolakan secara mengumpul semula dan mengurangkan
kesilapan yang berlaku dalam pengiraan. Cadangan daripada perkongsian ini diharapkan
intervensi ini dapat diperluaskan dalam sesi pengajaran guru bagi topik
penolakan dengan mengumpul semula.
2.0
ISU YANG DIPILIH
Kanak-kanak telah memulakan pembelajaran matematik sebelum
mereka memasuki sekolah. Mereka belajar untuk mengira dan mereka boleh
menyelesaikan masalah yang mudah dengan mengira. Di peringkat sekolah rendah,
subjek Matematik memberi tumpuan kepada pembangunan nombor asas, pemahaman
operasi dan kecekapan dalam melaksanakan pengiraan. Dalam Prinsip dan Standard
Sekolah Matematik (NCTM 2000; Dodd, & Rivera 2003) menerangkan
perkembangan kemahiran dan konsep Matematik menegaskan bahawa murid perlu:
·
Memahami nombor, cara untuk mewakili nombor,
hubungan dalam nombor dan sistem nombor.
·
Memahami makna operasi dan bagaimana ia
berkaitan dengan satu sama lain.
·
Mengira dengan lancar dan membuat anggaran yang
munasabah
Tetapi realitinya tidak semua
murid di dalam sesebuah kelas dapat mencapai objektif pembelajaran yang diajar
oleh guru dengan semaksimumnya seperti mana yang dikehendaki dalam standard
pembelajaran. Semasa proses pdpc berlangsung bagi murid-murid Tahun 1 Bestari
dan Karisma, kami dapati sebilangan murid-muridnya bermasalah bagi topik
penolakan terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Maka, kami telah memilih
topik penolakan dengan mengumpul semula bagi nombor dalam lingkungan 100.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
PAT:ROHAFIEZA BINTI HAJI MATASSAN (KAEDAH “FALLING BALL”)
A.
MAKLUMAT
GURU DAN INTERVENSI/PAT
NAMA GURU : ROHAFIEZA BINTI HAJI MATASSAN
SEKOLAH : SK BUKIT
LUBA
SUBJEK : MATEMATIK
TAJUK INTERVENSI/PAT : KAEDAH “FALLING BALL”
KELAS/KUMPULAN SASARAN : TAHUN 3 (15 ORANG)
B.
ISI
KANDUNGAN
1.0
PENDAHULUAN
Pemahaman yang
penuh terhadap sesuatu topic atau kemahiran adalah penting kerana saling
berkaitan dengan konsep atau kemahiran yang lain. Selain daripada empat operasi
asas dalam matematik, pemahaman terhadap nombor bulat juga penting. Salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai dalam topik nombor dan operasi ialah konsep
pembundaran.
Dalam proses
penyelesaian soalan pembundaran, terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi
bagi memastikan nombor tersebut dibundarkan dengan tepat dan mematuhi kriteria
atau kehendak soalan. Proses dalam menyelesaikan soalan tersebut perlu difahami
oleh murid sebelum membundarkan nombor bulat dengan tepat.
Kaedah “Falling
Ball” dipilih kerana kaedah ini menggunakan teknik bola dan bukit yang lebih
dekat dengan jiwa murid. Hal ini dapat menarik minat murid di samping
memudahkan mereka memahami konsep pembundaran.
2.0
ISU
YANG DIPILIH
Murid tidak memahami konsep
pembundaran.
ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:
Subscribe to:
Posts (Atom)