Tuesday, 29 January 2019

PAT :ASTRI BINTI AHMAD (PENERAPAN NILAI MURNI SEMASA PDPC DALAM KALANGAN PELAJAR)

A.    MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/ PAT

            NAMA GURU : ASTRI BINTI AHMAD
            SEKOLAH      : SMK KUBONG LIMBANG
            SUBJEK         : SEJARAH

NAMA GURU : FAIQAH BINTI JAPAR
            SEKOLAH      : SMK KUBONG LIMBANG
            SUBJEK         : SEJARAH




TAJUK INTERVENSI/ PAT:   PENERAPAN NILAI MURNI SEMASA PDPC DALAM KALANGAN                                                PELAJAR


KELAS/ KUMPULAN SASARAN       : PELAJAR TINGKATAN 1 – 5


  

B.    ISI KANDUNGAN


1.0       PENDAHULUAN

                        Dewasa ini, kita sering melihat masalah yang timbul dalam kalangan pelajar         terutamanya             berkaitan dengan sikap mereka yang kurang peka apabila berkomunikasi dengan guru    khususnya. Selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang menuju ke     arah pembudayaan pembelajaran abad ke-21, kita sebagai pendidik juga seharusnya    perlu    menitik beratkan nilai murni dalam diri pelajar. Pendidikan perlu mengambil peranan       yang    penting dalam membina nilai-nilai yang positif kepada masyarakat ke arah menuju    sebuah negara yang maju dan moden. Tanpa penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah             pembangunan insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi        huru hara. Sebagai contoh negara matahari terbit Jepun, yang terkenal dengan kepandaian    mencipta teknologi tinggi, namun kadar kematian akibat dari kes membunuh diri juga merupakan ancaman terhadap masyarakatnya. Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta          manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri             berlaku di Asia. Negara Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian   akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.          Akibatnya masyarakat yang sudah tiada amalan nilai-nilai murni akan menyebabkan             kehancuran sistem kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain      dalam kehidupan seharian mereka. Secara keseluruhan terdapat penerapan nilai-nilai murni             sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini diharapkan mampu memberi kesedaran tentang kepentingan penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses          pengajaran dan pembelajaran.










2.0       ISU YANG DIPILIH

            Proses pengajaran dan pembelajaran disekolah yang seimbang seharusnya diselitkan sedikit unsur atau nilai murni yang boleh dipraktikkan oleh pelajar. Penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar sekolah menjadi persoalan yang perlu dirungkaikan. Sehubungan itu, kajian berkaitan penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan.

            Justeru itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar amat diperlukan dalam mengenal sejauhmanakah tahap penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar sekolah berdasarkan tiga piawaian iaitu bekerjasama, hormat menghormati dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, kajian ini di buat adalah untuk mengenal pasti samada amalan nilai-nilai murni pelajar di sekolah mampu membentuk sahsiah pelajar.


 4.0      LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Terdapat beberapa langkah dalam melaksanakan amalan ini. Pertama, pelajar dilatih      untuk memberi salam kepada guru setiap kali guru masuk ke kelas. Selepas pelajar       memberi salam mereka akan mengucapkan ucapan yang positif kepada guru mereka.        Berikut merupakan contoh ucapan positif yang boleh digunakan:

                            i.        Apa khabar hari ini cikgu?
                           ii.        Cikgu nampak ceria hari ini.

      Sebelum berakhirnya PdPc, pelajar akan mengucapkan terima kasih kepada guru dan     seterusnya mereka akan memberi ucapan positif sekali lagi untuk guru mereka. Contoh          ucapan positif tersebut adalah:

                            i.        Jumpa lagi, cikgu
                           ii.        Semoga Tuhan memberkatimu, cikgu



5.0       IMPAK INTERVENSI

            Terdapat beberapa impak yang boleh diperolehi dari amalan ini. Impak yang pertama,                  sentiasa mendoakan kesejahteraan guru mereka dan amalan ini akan sentiasa    dipraktikan oleh pelajar walarupun mereka berada di luar kawasan sekolah. Justeru, melalui          amalan ini, pelajar akan lebih menghormati serta menghargai guru mereka


6.0       KESIMPULAN


            Kesimpulannya, penerapan amalan ini amatlah berkesan jika diamalkan dan dipupuk dari             seawal persekolahan pelajar agar nilai-nilai murni yang sedia ada dalam diri pelajar         terpelihara. Peranan penerapan amalan nilai murni bukan sahaja dari sebelah pihak untuk      mengamalkannya, bahkan melibatkan semua pelajar, guru juga ibu bapa pelajar sendiri.

PAT: NORAIN BINTI TAIR (MENGEJA SUKU KATA)

A.    MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/PAT

NAMA GURU                                     : NORAIN BINTI TAIR
SEKOLAH                                          : SK BUKIT LUBA
SUBJEK                                             : BAHASA MELAYU
TAJUK INTERVENSI/PAT                 : MENGEJA SUKU KATA
KELAS/KUMPULAN SASARAN        : TAHUN 1 (22 ORANG)

B.    ISI KANDUNGAN

1.0          PENDAHULUAN
Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata, seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

2.0          ISU YANG DIPILIH
Murid-murid kurang mahir membaca suku kata.

3.0          OBJEKTIF KAJIAN/INTERVENSI
Murid berupaya membaca suku kata.

4.0          LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1          LANGKAH 1

Apabila murid hendak ke tandas, guru meminta murid mengangkat tangan paras bahu.

4.2          LANGKAH 2

Guru menyebut perkataan yang diajar pada hari tersebut.


4.3          LANGKAH 3
Murid diminta mengeja perkataan disebut oleh guru sehingga betul.


5.0          IMPAK INTERVENSI

5.1          Murid-murid dapat membaca dengan lancar.

6.0          KESIMPULAN/CADANGAN

Murid telah dapat membatang suku kata secara terus tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. 

PAT: IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM (NOTA BERKUMPULAN)

NAMA GURU: IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG, LIMBANG
SUBJEK: SAINS
TAJUK INTERVENSI / PAT: NOTA BERKUMPULAN
KELAS: 1 KRKB



1.0  PENDAHULUAN

Salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik pembelajaran ialah dengan menghasilkan nota yang efektif. Apabila pelajar menghasilkan nota tanpa memahaminya, ia akan memberikan kesukaran kepada pelajar. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang pelajar untuk menghasilkan nota yang efektif dan memahaminya. Dengan adanya kemahiran untuk menghasilkan nota yang efektif, pelajar mampu untuk memahami sesuatu topik pembelajaran tersebut dengan mudah.

2.0  ISU YANG DIPILIH

Semasa berada di dalam kelas, saya menyuruh pelajar untuk menulis nota secara berkumpulan bagi topik yang dibincangkan. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan pelajar hanya menyalin sahaja nota terus dari buku teks. Mereka tidak dapat membezakan isi-isi penting dan yang kurang penting. Ini menjadikan nota mereka sangat panjang dan kelihatan bosan untuk dibaca. Apabila ditanya kepada murid, adakah mereka akan membaca nota tersebut? Kebanyakan daripada mereka menjawab tidak. Hal ini kerana nota tersebut membosankan.

Terdapat juga pelajar yang tidak mahu menulis nota sendiri. Mereka lebih suka meminjam nota daripada rakan yang lain. Hal ini kerana mereka tidak tahu cara untuk menghasilkakn nota yang efektif.

Ini merupakan satu kerugian bagi para pelajar sekiranya mereka tidak tahu untuk menghasilkan nota mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan kaedah penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) secara berkumpulan.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

              i.        Penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) dapat membantu pelajar menghasilkan nota yang efektif.
             ii.        Nota yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota yang dihasilkan.

4.0  LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1  LANGKAH 1
Pelajar juga diterangkan mengenai penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam penghasilan nota dan jenis-jenis peta i-Think.
o   Peta buih
o   Peta buih berganda
o   Peta pokok
o   Peta dakap
o   Peta titi
o   Peta alir
o   Peta bulatan
o   Peta pelbagai alir

4.2  LANGKAH 2
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk yang berbeza  berdasarkan topik perbincangan.
Guru mengagihkan kertas A4 yang akan digunakan untuk menghasilkan nota. Bahan lain yang digunakan seperti pen, pensel, warna dan marker pen adalah daripada pelajar sendiri.

4.3  LANGKAH 3
Setiap kumpulan pelajar tersebut akan menghasilkan nota ringkas berdasarkan tajuk yang telah diberi. Pelajar boleh merujuk buku teks atau buku rujukan untuk mencari isi-isi penting. Pelajar boleh bertanyakan kepada guru sekiranya mereka kurang pasti dengan isi yang telah mereka cari.
Nota yang dihasilkan hendaklah menggunakan peta pemikiran mengikut kreativiti pelajar sendiri. Setiap ahli dalam kumpulan perlu melibatkan diri.

4.4  LANGKAH 4
Pada akhir kelas, nota yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan dikumpulkan bersama dan dikongsikan dengan rakan-rakan mereka yang lain. Akhirnya, satu nota yang lengkap dan ringkas mengenai topik perbincangan telah berjaya dihasilkan oleh pelajar sendiri.

5.0  IMPAK INTERVENSI

Hasil daripada kaedah ini, penghasilan nota secara individu yang panjang dan membosankan dapat ditukarkan kepada penghasilan nota ringkas secara berkumpulan menggunakan peta pemikiran yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota dan membuat ulangkaji menggunakan nota yang telah dihasilkan. Selain itu, daya kreativiti pelajar juga dapat dihasilkan apabila mereka menghasilkan nota. Nilai kerjasama dalam kalangan pelajar turut dapat ditingkatkan.

6.0  KESIMPULAN


Penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) secara berkumpulan dapat memupuk minat pelajar untuk menulis nota dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk membaca nota yang telah dihasilkan. Pelajar juga dapat meghasilkan nota yang efektif yang boleh disimpan sebagai rujukan mereka.

PAT : MARY JOHNSON (MEMORY TREE)

A.    TEACHER’S INFORMATION

NAME                                                 :  MARY JOHNSON
SCHOOL                                             :  SK BUKIT LUBA
SUBJECT                                            :  BAHASA INGGERIS
TITLE                                                  :  MEMORY TREE
            CLASS/NO.OF PUPILS                     :  YEAR 3(15 PUPILS)

B.    CONTENT

1.0        INTRODUCTION

Tree Map is one of the tool used in successful classrooms that promote metacognition amongst students. It can help pupils to remember vocabularies better and they are able to use them in their learning according to their pace of learning.


2.0        ISSUE
Difficulties in remembering simple past tense words


3.0        OBJECTIVE
Using a tree map to enhance pupils’ memory of simple past tense words

4.0        STEPS
4.1        Teacher revises verbs learnt in the previous lesson.
4.2        Teacher presents notes on the simple past tense..
4.3         Pupils read the notes and teacher gives explanations.
4.4        Teacher presents a Tree Map and explains the task.
4.5        Pupils complete the Tree Map with the simple past tense words.
4.6        Pupils discuss the answers with the teacher.
4.7        Pupils do gallery walk.
     

5.0        IMPACT
Pupils are able to understand the simple past tense of the regular verbs form.

6.0        CONCLUSION/SUGGESTION
My pupils are able to create a Tree Map of their own according to their creativity. They are able to search and identify words in the simple past tense form. Pupils are able to be independent in their own learning. By using the Tree Map, pupils able to understand the lesson well and they are able to use their prior knowledge in completing their Tree Map.
From the observation in class, I am able to enhance my pupils’ memory and enriched their vocabularies. In my opinion, teachers can use this Tree Map in teaching grammar. The pupils will be more motivated and interested enriching their vocabularies

PAT: HAFIZ BIN ALI (PEMBELAJARAN TERBEZA BERDASARKAN PENILAIAN LATIHAN MELALUI TAHAP PENGUASAAN MURID)

NAMA GURU : HAFIZ BIN ALI
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG, LIMBANG, SARAWAK.
SUBJEK : BAHASA MELAYU
TAJUK INTERVENSI : PEMBELAJARAN TERBEZA BERDASARKAN PENILAIAN LATIHAN MELALUI TAHAP PENGUASAAN MURID.
KELAS : 2 KRK D
JUMLAH PELAJAR : 37 orang

  
ISI KANDUNGAN :

1.0  PENDAHULUAN

Pembelajaran terbeza merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan dalam menempuh era Pembelajaran Abad Ke 21. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu subjek. Pembelajaran terbeza merupakan proses menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza. Lawrence-Brown (2004) mengesahkan bahawa arahan yang dibezakan dapat membolehkan pelajar-pelajar dengan pelbagai kebolehan-dari pelajar yang berbakat kepada mereka yang mempunyai kecacatan ringan atau lebih teruk-untuk menerima pendidikan yang sesuai di dalam bilik darjah yang inklusif. Pengajaran dan pembelajaran yang terbeza dalam bilik darjah, Lawrence-Brown menerangkan bagaimana seorang guru dapat mengatasi tujuan pelan pendidikan individu pelajar dengan menyesuaikan kelas kurikulum termasuk manipulatif, alat bantu visual, carta, audiotapes, dan harapan yang jelas, sementara juga menawarkan kurikulum pengayaan kepada pelajar berbakat.

2.0  ISU YANG DIPILIH

Dalam menghasilkan sesebuah karangan, didapati pelajar amat sukar untuk menghuraikan sesuatu idea yang telah dikemukakan berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran di sekolah. Setiap pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai pelbagai aras kefahaman sendiri bergantung dengan penerimaan pelajar tersebut serta bergantung dengan pengetahuan sedia ada pelajar itu sendiri. Kefahaman pelajar boleh dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Oleh itu, pendekatan teknik pembelajaran terbeza merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunapakai dalam membantu pelajar untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan pembelajaran terbeza ini mampu untuk membantu pelajar untuk mengembangkan idea mengikut aras kefahaman masing-masing.

      Oleh itu, pembelajaran terbeza ini telah dipilih untuk digunakan dalam pembelajaran pelajar tingkatan 2 SMK Kubong bagi menghasilkan karangan kerana pelajar dalam kelas tersbut mempunyai aras kefahaman yang berbeza. Isu ini dikaitakan dengan kaedah ini berdasarkan keputusan peperiksaan yang telah dijalankan.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

Secara amnya, objektif kaedah ini bagi membantu pelajar mengembangkan idea dalam membuat karangan memandangkan pelajar mempunyai aras kefahaman tersendiri.

4.0  LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1  LANGKAH 1

Kelas dimulakan seperti biasa dan guru menerangkan kepada pelajar berkaitan dengan pembelajaran yang akan dilakukan. Guru menerangkan isu berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari dan pelajar perlu memberi pandangan berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Isu yang dibincangkan ialah berkaitan dengan “punca berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar di sekolah”. Pelajar dan guru berbincang secara dua hala dalam memastikan tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu isu tersebut.



4.2  LANGKAH 2

Guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan berdasarkan aras kefahaman pelajar iaitu aras tinggi 2 kumpulan, aras sederhana 2 kumpulan dan aras rendah 2 kumpulan. Pembahagian kumpulan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar yang lepas dan berdasarkan pemerhatian guru semasa permulaan perbincangan.

4.3  LANGKAH 3

Guru mengedarkan latihan yang telah disediakan mengikut aras kefahaman pelajar iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah. Dua kumpulan yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi diberikan latihan yang meminta mereka untuk menghuraikan idea yang telah disediakan iaitu dua idea yang berkaitan dengan punca berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar di sekolah. Kumpulan pada aras ini berbincang dalam kumpulan untuk mengembangkan idea berdasarkan idea yang telah disediakan oleh guru. Kumpulan bagi aras ini merupakan pelajar yang mampu untuk menghuraikan idea menggunakan Bahasa yang menarik dan pelbagai.

      Bagi aras sederhana, dua kumpulan yang dibentuk diedarkan latihan berbentuk rangka karangan bagi dua idea yang telah disediakan. Guru telah memberikan rangka karangan bagi membantu pelajar dalam aras sederhana untuk mengembangkan huraian yang baik. Rangka karangan tersebut mampu untuk menjana idea pelajar dalam aras tersebut untuk menghasilkan karangan yang baik dan menarik.

      Bagi kumpulan yang mempunyai kefahaman rendah pula, guru telah mengedarkan latihan yang meminta mereka untuk melengkapkan dua perenggan idea yang telah disediakan berdasarkan format huraian yang betul tetapi dikosongkan beberapa bahagian untuk dilengkapkan oleh pelajar. Tujuannya ialah bagi merangsang idea pelajar untuk menghasilkan huraian yang lebih menarik dan membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karangan semasa peperiksaan.

      Sepanjang langkah ini dijlankan, pelajar mendapat bimbingan daripada guru dan rakan lain dan menggunakan kaedah perkongsian antara pelajar.

4.4  LANGKAH 4
Pada akhir kelas, pelajar menghantar latihan yang telah dibincangkan untuk disemak oleh guru pada masa yang sama di dalam kelas. Tujuan penyemakan terus dilakukan adalah untuk memastikan pelajar mengetahui kesalahan yang telah dibuat dan mampu untuk membuat pembetulan dalam masa yang sama.


5.0  IMPAK INTERVENSI

Penguasaan pelajar mengikut tahap akan memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu subjek tersebut. Dengan adanya kaedah pembeajaran terbeza ini, pelajar akan lebih mudah untuk menghasilkan huraian idea dalam meghasilkan karangan  dengan bantuan latihan mengikut tahap yang telah diberikan. Selain itu, daya pemikiran murid akan lebih berkembang dengan adanya bantuan yang disediakan. Guru sebagai pembimbing akan lebih mudah untuk membimbing murid terutama murid yang berada dalam tahap rendah. Murid akan menjadi lebih mudah untuk berfikir dan mampu untuk menjana idea dengan lebih kritis.



6.0  KESIMPULAN / CADANGAN


Secara kesimpulannya, pembelajaran terbeza merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran seseorang pelajar itu dalam sesuatu subjek amnya dalam subjek Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek yang memerlukan seseorang pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menghasilkan idea yang menarik dan gramatis. Oleh itu, kaedah pembelajaran terbeza ini merupakan kaedah yang sangat menarik dilakukan dan sangat berkesan dalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran terurtama pelajar dalam kalangan aras rendah. Hal ini demikian kerana, kaedah ini mampu merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kritis dan kreatif.

PAT:FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI ( REKOD PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID)

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK (PAT) 2018

NAMA GURU : FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI

SEKOLAH      : SK BUKIT LUBA, LIMBANG                                               

SUBJEK         : MATEMATIK

TAJUK INTERVENSI / PAT : REKOD PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

KELAS / KUMPULAN SASARAN : TAHUN 5 / 15 ORANG MURID


1.0          PENDAHULUAN
Hasil kerja murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas sesi pembelajaran dan pengajaran sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan matapelajaran. Buku latihan murid pula merupakan buku tulis yang digunakan oleh murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan oleh guru sebagai peneguhan kefahaman murid. Berdasarkan daripada pengalaman mengajar saya selama beberapa tahun, masalah lewat dan tidak menghantar buku latihan sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan murid sekolah. Masalah yang berlaku ini boleh menjadi isu berat kepada pihak sekolah terutamanya kepada guru-guru apabila ditanya oleh pihak atasan berkenaan perkembangan murid dari segi pelajaran dan pembelajaran murid tersebut.
Tugas guru yang kian mencabar pada masa kini memerlukan guru untuk lebih bersedia dan meningkatkan cara kerja bagi menangani arus perubahan dalam sistem pendidikan pada masa kini yang menjurus kepada Pembelajaran Abad Ke 21. Dengan adanya Rekod Semakan Buku Latihan Murid, tugas guru dalam memantau hasil kerja dan perkembangan pembelajaran murid lebih mudah dan tidak akan ada isu guru tidak menyemak buku latihan murid atau murid selalu tidak menghantar buku latihan. Melalui intervensi ini, guru dapat melihat impak kepada murid dalam menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan dan kerja guru akan menjadi lebih mudah dalam mengenal pasti murid yang tidak menghantar latihan.

2.0          ISU YANG DIPILIH
Isu yang dipilih dalam membuat intervensi ini ialah penyemakan buku latihan murid yang tidak berkala dan murid selalu tidak menghantar buku latihan.

3.0          OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

3.1          Mengenal pasti murid yang selalu tidak menghantar buku latihan.
3.2          Mendisiplinkan murid untuk menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan.
3.3          Membuat rekod penyemakan buku latihan murid.

4.0       LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1  Langkah / Strategi 1 :

·         Membuat senarai nama rekod penyemakan buku latihan murid dalam bentuk jadual.
·         Menetapkan tarikh penghantaran buku latihan matematik (mengikut tajuk yang diajar pada hari itu).



4.2  Langkah / Strategi 2 :

·         Meminta murid untuk menghantar buku latihan matematik pada tarikh yang ditetapkan.

4.3  Langkah / Strategi 3 :

·         Menyemak buku latihan murid dan merekod (tick) nama murid yang telah membuat penghantaran buku latihan.
·         Gunakan pen pelbagai warna untuk merekod (tick) nama murid yang telah menghantar buku latihan dan telah disemak oleh guru.
·         Pen Biru = Hantar mengikut masa ; Pen Merah = Hantar lewat
·         Tandakan ‘P’ bagi murid yang perlu membuat pembetulan dan meminta mereka menghantar semula buku latihan selepas membuat pembetulan.

4.4  Langkah / Strategi 4 :

·         Memulangkan semula buku latihan kepada murid dan meminta murid membuat pembetulan (dengan bimbingan guru).
·         Guru boleh memberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid yang menghantar penuh buku latihan dalam bulan semasa.

5.0       IMPAK INTERVENSI
Intervensi yang telah dibuat memudahkan guru untuk mengesan murid yang tidak menghantar buku latihan. Hasil daripada intervensi ini juga membantu guru dalam mendisiplinkan murid untuk membuat kerja dan menghantar buku latihan dalam masa yang ditetapkan.

6.0       KESIMPULAN / CADANGAN

Rekod penyemakan buku latihan ini sangat membantu dan memberikan impak yang baik kepada murid. Murid akan lebih peka dengan masa yang telah ditetapkan oleh guru untuk menghantar buku latihan dan memudahkan guru untuk mengenal pasti murid yang sentiasa lambat atau tidak menghantar latihan yang diberikan.