Wednesday, 30 January 2019

PAT: NUR AFIQAH BINTI ABUSEMAN (MEMUPUK MINAT BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR)

A) MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI / PAT

NAMA GURU : NUR AFIQAH BINTI ABUSEMAN
SEKOLAH                  : SMK LIMBANG
SUBJEK                     : SAINS

TAJUK INTERVENSI / PAT   : MEMUPUK MINAT BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR

Kelas / Kumpulan Sasaran     : Pelajar Tingkatan 1 Citra, SMK Limbang

B) ISI KANDUNGAN

1.0       PENDAHULUAN

Subjek Sains merupakan salah satu subjek yang wajib diambil di sekolah rendah dan           sekolah menengah. Majoriti pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tidak berminat            dengan subjek Sains. Segelintir pelajar pula mempunyai minat terhadap subjek Sains       namun mereka hanya minat dengan beberapa topik yang menarik dan mudah bagi mereka       sahaja. Segelintir pelajar juga tidak mempunyai daya pemikiran yang luas terutamanya dari      segi imaginasi yang kuat untuk memahami dan meminati setiap bab di dalam subjek Sains. Kajian ini dijalankan    khususnya untuk mengatasi masalah minat pelajar terhadap subjek            Sains. Harapan tinggi agar kajian ini mampu untuk menarik pelajar agar tidak mudah    bosan dengan subjek yang diketahui umum banyak teori untuk difahami dan dihafal.

2.0       ISU YANG DIPILIH

Terdapat dua isu yang dipilih untuk kajian ini. Isu pertama yang dipilih ialah kefokusan          pelajar semasa PdPc dijalankan di dalam kelas / Makmal Sains. Pelajar seringkali hilang             fokus di dalam kelas sekiranya kelas tersebut teralu banyak teori yang perlu difahami dan         dihafal. Mereka cenderung untuk membuat kerja masing-masing seperti bercakap, tidur,        mengacau kawan-kawan di dalam kelas dan membuat hal di dalam kelas sekiranya mereka         sudah kehilangan fokus di dalam kelas.


Isu kedua ialah minat pelajar terhadap subjek Sains. Majoriti pelajar tidak minat dengan        subjek Sains apatah lagi sekiranya subjek tersebut dilaksanakan sepanjang 1 jam 30 minit        di dalam kelas. Mereka mudah untuk berasa bosan sekiranya tiada aktiviti yang menarik    dilaksanakan di dalam kelas / Makmal Sains.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

Tuesday, 29 January 2019

PAT:NURULAIN ‘AFIFAH BINTI RUSLI (Penggunaan Kaedah Stesen Dalam Subtopik Asid dan Alkali Sains Tingkatan 2)

MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI

NAMA GURU             : NURULAIN ‘AFIFAH BINTI RUSLI
SEKOLAH                  : SMK MEDAMIT, LIMBANG
SUBJEK                     : SAINS
TAJUK INTERVENSI : PENGGUNAAN KAEDAH STESEN DALAM PEMBELAJARAN SUBTOPIK ASID DAN ALKALI
SASARAN                 : 25 ORANG PELAJAR TINGKATAN 2A SMK MEDAMIT

1.0 PENGENALAN    

Asid dan alkali banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, ketika mandi kita gunakan sabun dan syampu yang beralkali untuk menghapuskan bakteria pada badan yang bersifat asid. Begitu juga dalam makanan, ada ketikanya kita menggunakan cuka yang bersifat asid. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan tentang asid dan alkali dalam kehidupan, maka pembelajaran asid dan alkali masih diteruskan di dalam kurikulum Sains yang baharu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membantu memudahcarakan para pelajarnya dalam memahami sesuatu pembelajaran melalui penggunaan pelbagai kaedah yang dilihat bersesuaian.

Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit merupakan sebuah sekolah luar bandar yang sedang meningkat naik dalam pelbagai aspek. Namun begitu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit bukanlah terdiri daripada golongan pelajar yang terpilih, malahan kebanyakan daripada mereka adalah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak menitikberatkan pendidikan. Oleh hal yang demikian, pengajaran oleh guru Sains menjadi lebih mencabar, tambahan pula kemudahan mengakses internet di sekolah ini adalah sangat terhad. Justeru itu, guru perlu menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains, khususnya kerana subjek ini adalah salah satu subjek yang agak sukar bagi mereka.

2.0 ISU MASALAH

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, terdapat banyak kaedah PAK-21 yang telah diperkenalkan untuk membantu guru melaksanakan pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, tidak semua kaedah yang diperkenalkan sesuai dengan pelajar sekolah ini kerana ada kaedah yang dilihat terlalu panjang dan tidak dapat diterima oleh para pelajar. Disebabkan hal itu, saya selalu menghadapi masalah tidak cukup masa mengajar di dalam kelas memandangkan kandungan silibus Sains yang begitu banyak.


Selain itu juga, makmal sekolah saya sedang dalam penambahbaikan sejak bulan April yang lalu. Oleh  itu, makmal Sains tidak dapat digunakan. Hanya bahan tertentu sahaja yang dapat dibawa keluar dari makmal, manakala radas makmal tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan. Oleh itu, terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan amali tidak dapat dijalankan.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

PAT:SITI NOR AZWA BINTI BUJANG (APLIKASI “FRIEND’S CARD” DALAM PDPC SEJARAH)

A)   MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/PAT
NAMA GURU: SITI NOR AZWA BINTI BUJANG
SEKOLAH: SMK LIMBANG
SUBJEK: SEJARAH
TAJUK INTERVENSI: APLIKASI “FRIEND’S CARD” DALAM
PDPC SEJARAH
KELAS: 2 DELIMA (30 ORANG PELAJAR)

B)   ISI KANDUNGAN
1.0  PENDAHULUAN
Sebahagian besar daripada murid kelas Tingkatan 2 Delima tidak dapat menguasai fakta sejarah dengan baik. Lantaran itu keputusan peperiksaan yang diperolehi kurang memuaskan. Terdapat seramai 30 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil daripada tinjauan awal mendapati sebahagian besar murid dari kelas ini tidak lulus mata pelajaran Sejarah dan yang lulus pun hanya mampu mencapai tahap D. Murid juga menghadapi kesukaran dalam memahami dan mengingati fakta Sejarah. Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha memperkasakan kefahaman dan meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap fakta Sejarah. Justeru,murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara kendiri melalui kaedah “Friend’s Card” sebagai usaha meningkatkan prestasi murid. Berdasarkan perbandingan ujian pra dan ujian pasca dan pemerhatian sikap murid, kajian ini dianggap berjaya kerana terdapat peningkatkan markah dan berlaku perubahan terhadap sikap pelajar. Pelajar lebih memberikan tumpuan dengan aktiviti penmbelajaran di dalam kelas dan memahami isi penting Sejarah. Pelajar lebih rajin menggunakan buku teks untuk mendapatkan jawapan.


ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT;

PAT: HAZWANI BINTI TAN (MEMBUNDARKAN NOMBOR)

2.0 ISU YANG DIPILIH NAMA GURU : HAZWANI BINTI TAN
            SEKOLAH : SK SUNGAI POYAN, LIMBANG
            SUBJEK : MATEMATIK
            TAJUK INTERVENSI/PAT : MEMBUNDARKAN NOMBOR
            KELAS : TAHUN 5                             
KUMPULAN SASARAN : 9 ORANG (PEMULIHAN)

 1.0 PENDAHULUAN

            Pembundaran merupakan satu kemahiran matematik yang mana digit-digit nombor dihampirkan kepada nilai tempat yang dikehendaki. Hasilnya kurang tepat, tetapi amat mudah dalam membantu menyelesaikan masalah harian. Jelaslah di sini, pembundaran merupakan satu strategi yang digunakan untuk menganggar sesuatu nilai.
  
            Ramai murid menghadapi masalah dalam melakukan pembundaran nombor. Terdapat tiga masalah yang sering dihadapi oleh murid. Yang pertama, murid keliru dengan kaedah tambah 1 dan tambah 0. Yang kedua, murid masih tidak faham dengan konsep pembundaran. Ketiga, murid tidak tahu cara yang betul untuk menulis nombor yang telah dibundarkan

artikel penuh dalam pautan berikut: https://docs.google.com/document/d/1TwwIvPfmKKDAf9_7538L8B7nQGmkQTlMsTGVWuH1I_g/edit?usp=sharing

PAT:NURUL HAYATUL AZWA (MENINGKATKAN PRESTASI MELALUI PDPC BERKESAN)

A)   MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/PAT

NAMA GURU : NURUL HAYATUL AZWA BINTI
                          HJ. BOLHASSAN.
                          LIYANA BINTI AMIT

SEKOLAH      : SMK KUBONG
SUBJEK         : BAHASA MELAYU

TAJUK INTERVENSI: MENINGKATKAN PRESTASI MELALUI PDPC BERKESAN.

KELAS/KUMPULAN SASARAN: 1C

1.0  PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu selalunya tidak memberi keseronokan kepada murid – murid di sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan teknik pengajaran guru yang berkesan. Guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.
Justeru, sebagai guru, kita perlu meningkatkan prestasi murid melalui PDPC yang berkesan seperti teknik improvisasi dan teknik penyoalan yang baik dan berkesan. Guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik – teknik seperti improvisasi dan bersoal jawab. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

2.0  ISU YANG DIPILIH:

i.              Murid kurang menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.
ii.             Murid kurang bertanya soalan semasa PDPC berlangsung kerana ketandusan idea

3.0  INTERVENSI

I.              Guru akan menggunakan teknik improvisasi iaitu murid digalakkan berdialog secara spontan bersama murid lain dalam satu kumpulan.
II.            Murid pula perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu untuk memantapkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid.
III.           Murid juga akan berupaya menggunakan Bahasa secara pragmatic iaitu Bahasa yang bermakna mengikut konteks.
IV.          Murid akan diberikan kertas nota atau “sticky notes” untuk mencatatkan soalan yang berkaitan dengan isi pembelajaran yang kurang difahami atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara.
V.            Guru boleh mengadakan pertandingan murid paling banyak mengemukakan soalan dengan memberikan ganjaran sebagai galakan untuk murid mengemukakan soalan





4.0  OBJEKTIF KAJIAN

i.              Murid boleh menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.
ii.             Murid boleh mengemukakan soalan dan pendapat semasa PDPC berlangsung untuk mengembangkan idea.


5.0  LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN

5.1  LANGKAH 1:

1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Contohnya empat hingga lima orang bagi satu kumpulan.
2.    Satu gamabr diberikan atau dipamerkan oleh guru kepada murid. Seterusnya murid akan menyediakan skrip secara spontan berdasarkan gambar yang diberi.
3.    Murid berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan skrip dialog yang menarik dan boleh menghiburkan berdasarkan kepada gambar yang diberi.
4.    Setelah tamat perbincangan, murid dalam setiap kumpulan akan mempersembahkan aksi lakonan mereka berdasarkan dialog yang telah dibincangkan.

5.2  LANGKAH 2:

1.    Semasa kumpulan melakonkan aksi, ahli daripada kumpulan lain akan mencatat isu atau maklumat penting yang disampaikan dalam lakonan tersebut.
2.    Selain itu, ahli kumpulan juga menyediakan soalan yang berkaitan dengan isu yang telah disampaikan dalam lakonan tersebut.
3.    Setelah selesai persembahan, ahli kumpulan yang lain akan mengemukakan soalan yang berkaitan secara bertatasusila.
4.    Setiap murid yang menyoal akan dicatat dan ganjaran akan diberikan kepada murid yang mengemukakan soalan yang terbanyak.



6.0  IMPAK INTERVENSI

i.              Melalui teknik ini, guru dapat mengesan pengetahuan dan penguasaan berbahasa dalam diri murid.
ii.             Teknik ini juga, boleh menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif, inovatif, logic dan kritis.
iii.            Murid juga akan bertambah aktif semasa melakukan aktiviti ini.
iv.           Teknik improvisasi ini juga boleh menambahkan minat murid dan mengelakkan mereka daripada berasa jemu. Ia juga akan dapat menguji pengetahuan sedia ada murid.
v.             Menerusi teknik ini juga, hubungan antara guru dan murid dapat dieratkan dimana murid tidak segan untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami hasil pembelajaran semasa PDPC dijalankan. Murid juga akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan bantuan daripada guru.




7.0  KESIMPULAN

Teknik improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajarab Bahasa Melayu kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid – murid menajamkan sensitivity mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai – nilai murni masyarakat dan budaya merek, menanamkan jati diri bangsa serta memperkembangkan daya imaginasi. Kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran komunikasi murid.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk melakon secara spontan, ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan disamping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka.
Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Setiap murid akan mengemukakan soalan kepada guru di dalam bilik darjah bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas.

Melalui teknik penyoalan ini, pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar supaya mereka dapat meningkatkan prestasi dan potensi dalam diri mereka. Teknik ini juga dapat membantu murid supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat lagi. Justeru, guru memainkan peranan penting dengan mengemukakan soalan kepada murid agar murid dapat berfikir mengenai topik yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam bidang pendidikan.

PAT :ASTRI BINTI AHMAD (PENERAPAN NILAI MURNI SEMASA PDPC DALAM KALANGAN PELAJAR)

A.    MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/ PAT

            NAMA GURU : ASTRI BINTI AHMAD
            SEKOLAH      : SMK KUBONG LIMBANG
            SUBJEK         : SEJARAH

NAMA GURU : FAIQAH BINTI JAPAR
            SEKOLAH      : SMK KUBONG LIMBANG
            SUBJEK         : SEJARAH




TAJUK INTERVENSI/ PAT:   PENERAPAN NILAI MURNI SEMASA PDPC DALAM KALANGAN                                                PELAJAR


KELAS/ KUMPULAN SASARAN       : PELAJAR TINGKATAN 1 – 5


  

B.    ISI KANDUNGAN


1.0       PENDAHULUAN

                        Dewasa ini, kita sering melihat masalah yang timbul dalam kalangan pelajar         terutamanya             berkaitan dengan sikap mereka yang kurang peka apabila berkomunikasi dengan guru    khususnya. Selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang menuju ke     arah pembudayaan pembelajaran abad ke-21, kita sebagai pendidik juga seharusnya    perlu    menitik beratkan nilai murni dalam diri pelajar. Pendidikan perlu mengambil peranan       yang    penting dalam membina nilai-nilai yang positif kepada masyarakat ke arah menuju    sebuah negara yang maju dan moden. Tanpa penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah             pembangunan insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi        huru hara. Sebagai contoh negara matahari terbit Jepun, yang terkenal dengan kepandaian    mencipta teknologi tinggi, namun kadar kematian akibat dari kes membunuh diri juga merupakan ancaman terhadap masyarakatnya. Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta          manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri             berlaku di Asia. Negara Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian   akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.          Akibatnya masyarakat yang sudah tiada amalan nilai-nilai murni akan menyebabkan             kehancuran sistem kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain      dalam kehidupan seharian mereka. Secara keseluruhan terdapat penerapan nilai-nilai murni             sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini diharapkan mampu memberi kesedaran tentang kepentingan penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses          pengajaran dan pembelajaran.










2.0       ISU YANG DIPILIH

            Proses pengajaran dan pembelajaran disekolah yang seimbang seharusnya diselitkan sedikit unsur atau nilai murni yang boleh dipraktikkan oleh pelajar. Penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar sekolah menjadi persoalan yang perlu dirungkaikan. Sehubungan itu, kajian berkaitan penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan.

            Justeru itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar amat diperlukan dalam mengenal sejauhmanakah tahap penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar sekolah berdasarkan tiga piawaian iaitu bekerjasama, hormat menghormati dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, kajian ini di buat adalah untuk mengenal pasti samada amalan nilai-nilai murni pelajar di sekolah mampu membentuk sahsiah pelajar.


 4.0      LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Terdapat beberapa langkah dalam melaksanakan amalan ini. Pertama, pelajar dilatih      untuk memberi salam kepada guru setiap kali guru masuk ke kelas. Selepas pelajar       memberi salam mereka akan mengucapkan ucapan yang positif kepada guru mereka.        Berikut merupakan contoh ucapan positif yang boleh digunakan:

                            i.        Apa khabar hari ini cikgu?
                           ii.        Cikgu nampak ceria hari ini.

      Sebelum berakhirnya PdPc, pelajar akan mengucapkan terima kasih kepada guru dan     seterusnya mereka akan memberi ucapan positif sekali lagi untuk guru mereka. Contoh          ucapan positif tersebut adalah:

                            i.        Jumpa lagi, cikgu
                           ii.        Semoga Tuhan memberkatimu, cikgu



5.0       IMPAK INTERVENSI

            Terdapat beberapa impak yang boleh diperolehi dari amalan ini. Impak yang pertama,                  sentiasa mendoakan kesejahteraan guru mereka dan amalan ini akan sentiasa    dipraktikan oleh pelajar walarupun mereka berada di luar kawasan sekolah. Justeru, melalui          amalan ini, pelajar akan lebih menghormati serta menghargai guru mereka


6.0       KESIMPULAN


            Kesimpulannya, penerapan amalan ini amatlah berkesan jika diamalkan dan dipupuk dari             seawal persekolahan pelajar agar nilai-nilai murni yang sedia ada dalam diri pelajar         terpelihara. Peranan penerapan amalan nilai murni bukan sahaja dari sebelah pihak untuk      mengamalkannya, bahkan melibatkan semua pelajar, guru juga ibu bapa pelajar sendiri.

PAT: NORAIN BINTI TAIR (MENGEJA SUKU KATA)

A.    MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/PAT

NAMA GURU                                     : NORAIN BINTI TAIR
SEKOLAH                                          : SK BUKIT LUBA
SUBJEK                                             : BAHASA MELAYU
TAJUK INTERVENSI/PAT                 : MENGEJA SUKU KATA
KELAS/KUMPULAN SASARAN        : TAHUN 1 (22 ORANG)

B.    ISI KANDUNGAN

1.0          PENDAHULUAN
Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata, seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

2.0          ISU YANG DIPILIH
Murid-murid kurang mahir membaca suku kata.

3.0          OBJEKTIF KAJIAN/INTERVENSI
Murid berupaya membaca suku kata.

4.0          LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1          LANGKAH 1

Apabila murid hendak ke tandas, guru meminta murid mengangkat tangan paras bahu.

4.2          LANGKAH 2

Guru menyebut perkataan yang diajar pada hari tersebut.


4.3          LANGKAH 3
Murid diminta mengeja perkataan disebut oleh guru sehingga betul.


5.0          IMPAK INTERVENSI

5.1          Murid-murid dapat membaca dengan lancar.

6.0          KESIMPULAN/CADANGAN

Murid telah dapat membatang suku kata secara terus tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. 

PAT: IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM (NOTA BERKUMPULAN)

NAMA GURU: IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBONG, LIMBANG
SUBJEK: SAINS
TAJUK INTERVENSI / PAT: NOTA BERKUMPULAN
KELAS: 1 KRKB



1.0  PENDAHULUAN

Salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik pembelajaran ialah dengan menghasilkan nota yang efektif. Apabila pelajar menghasilkan nota tanpa memahaminya, ia akan memberikan kesukaran kepada pelajar. Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang pelajar untuk menghasilkan nota yang efektif dan memahaminya. Dengan adanya kemahiran untuk menghasilkan nota yang efektif, pelajar mampu untuk memahami sesuatu topik pembelajaran tersebut dengan mudah.

2.0  ISU YANG DIPILIH

Semasa berada di dalam kelas, saya menyuruh pelajar untuk menulis nota secara berkumpulan bagi topik yang dibincangkan. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan pelajar hanya menyalin sahaja nota terus dari buku teks. Mereka tidak dapat membezakan isi-isi penting dan yang kurang penting. Ini menjadikan nota mereka sangat panjang dan kelihatan bosan untuk dibaca. Apabila ditanya kepada murid, adakah mereka akan membaca nota tersebut? Kebanyakan daripada mereka menjawab tidak. Hal ini kerana nota tersebut membosankan.

Terdapat juga pelajar yang tidak mahu menulis nota sendiri. Mereka lebih suka meminjam nota daripada rakan yang lain. Hal ini kerana mereka tidak tahu cara untuk menghasilkakn nota yang efektif.

Ini merupakan satu kerugian bagi para pelajar sekiranya mereka tidak tahu untuk menghasilkan nota mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan kaedah penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) secara berkumpulan.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

              i.        Penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) dapat membantu pelajar menghasilkan nota yang efektif.
             ii.        Nota yang ceria dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota yang dihasilkan.

4.0  LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4.1  LANGKAH 1
Pelajar juga diterangkan mengenai penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam penghasilan nota dan jenis-jenis peta i-Think.
o   Peta buih
o   Peta buih berganda
o   Peta pokok
o   Peta dakap
o   Peta titi
o   Peta alir
o   Peta bulatan
o   Peta pelbagai alir

4.2  LANGKAH 2
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk yang berbeza  berdasarkan topik perbincangan.
Guru mengagihkan kertas A4 yang akan digunakan untuk menghasilkan nota. Bahan lain yang digunakan seperti pen, pensel, warna dan marker pen adalah daripada pelajar sendiri.

4.3  LANGKAH 3
Setiap kumpulan pelajar tersebut akan menghasilkan nota ringkas berdasarkan tajuk yang telah diberi. Pelajar boleh merujuk buku teks atau buku rujukan untuk mencari isi-isi penting. Pelajar boleh bertanyakan kepada guru sekiranya mereka kurang pasti dengan isi yang telah mereka cari.
Nota yang dihasilkan hendaklah menggunakan peta pemikiran mengikut kreativiti pelajar sendiri. Setiap ahli dalam kumpulan perlu melibatkan diri.

4.4  LANGKAH 4
Pada akhir kelas, nota yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan akan dikumpulkan bersama dan dikongsikan dengan rakan-rakan mereka yang lain. Akhirnya, satu nota yang lengkap dan ringkas mengenai topik perbincangan telah berjaya dihasilkan oleh pelajar sendiri.

5.0  IMPAK INTERVENSI

Hasil daripada kaedah ini, penghasilan nota secara individu yang panjang dan membosankan dapat ditukarkan kepada penghasilan nota ringkas secara berkumpulan menggunakan peta pemikiran yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota dan membuat ulangkaji menggunakan nota yang telah dihasilkan. Selain itu, daya kreativiti pelajar juga dapat dihasilkan apabila mereka menghasilkan nota. Nilai kerjasama dalam kalangan pelajar turut dapat ditingkatkan.

6.0  KESIMPULAN


Penghasilan nota ringkas menggunakan peta pemikiran (i-Think) secara berkumpulan dapat memupuk minat pelajar untuk menulis nota dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk membaca nota yang telah dihasilkan. Pelajar juga dapat meghasilkan nota yang efektif yang boleh disimpan sebagai rujukan mereka.