Thursday, 31 January 2019

PAT: KIRANJIT SINGH A/L GURCHARAN SINGH (MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH DENGAN KAD PES)


Oleh;


KIRANJIT SINGH A/L GURCHARAN SINGH
SMK MEDAMIT, LIMBANG
SARAWAK.


ABSTRAK

Sejarah ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia dan menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM sejak tahun 2013. Bermula dari tahun 2013 mata pelajarn sejarah terutamanya dalam kertas 2 dan kertas 3 menggunakan soalan-soalan KBAT. Soalan KBAT TERBUKA ini membawa markah yang banyak dan bilangannya telah bertambah sejak tahun 2013 hingga sekarang. Kumpulan pelajar daripada kelas 5B sering menghadapi masalah dalam memahami dan menjawab soalan-soalan KBAT TERBUKA ini. Majoriti pelajar dalam kelompok ini tidak dapat menjawab soalan ini dengan berkesan .Bahkan ada yang tidak mendapat sebarang markah daripada soalan-soalan ini yang sekaligus menyumbang kepada kegagalan mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu “KAD PES” telah dicipta bagi membolehkan para pelajar memahami serta dapat menjawab soalan-soalan KBAT TERBUKA dan baik dan mendapat markah yang tinggi. KAD PES ini telah membawa perubahan kepada kelompak pelajar yang menghadapi masalah ini. Setelah pendekatan ini digunakan kelompok pelajar yang menghadapi masalah menjawab soalan ini telah berjaya memahami bagaimanacara mengolah jawapan bagi soalan sebegini. Keadaan ini sekaligus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang diberikan.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

https://docs.google.com/document/d/1OV9rhtguGKdDxXMPSAskdBfVt_PhDq_DlAEhhIAAnKw/edit?usp=sharing

PAT: JEHIN ANAK JAMES (EXCITED SPINNER)


EXCITED SPINNER



NAMA GURU : JEHIN ANAK JAMES
SEKOLAH   : SMK MEDAMIT, LIMBANG
SUBJEK  : PENDIDIKAN MORAL
TAJUK INTERVENSI : EXCITED SPINNER
KELAS  : TINGKATAN 4B


1.0 PENDAHULUAN

Peluang yang diberikan oleh SISC+ kepada saya ini tidak saya sia-siakan. Banyak yang saya belajar mengenai teknik pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Saya guru yang dibimbing oleh Dr. Usang AK Ngrambang, banyak ilmu, tunjuk ajar dan nasihat beliau yang saya terima dan terapkan dalam PDPC saya. Hasilnya sangat memberansangkan dari segi penglibatan pelajar. Bimbingan dari Dr Usang juga telah membuat saya mencetuskan satu idea yang saya yakin sangat berguna dalam PDPC saya. Idea tersebuat adalah teknik “excited spinner”.

2.0 ISU YANG DIPILIH

Isu yang saya pilih adalah mengenai memvariasikan teknik memilih pelajar untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru ataupun memilih pelajar untuk sebarang aktiviti PDPC. Mengikut pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, kebanyakan guru jika mengajukan soalan. Mereka cenderung menggunakan teknik pemilihan rawak, iaitu guru akan memilih mengikut suka hati. Maka, pemilihan itu pasti ada tidak keseimbangan yang bermaksud guru akan lebih suka memilih pelajar yang beliau rasa boleh jawab. Justeru, pelajar yang jarang dipilih atau tidak pernah dipilih untuk menjawab sesuatu soalan guru akan lebih menjadi pasif dan tidak dapat menyuarakan pendapat mereka sendiri. Akibatnya, pelajar tersebut lebih banyak mendiamkan diri dari terlibat dalam aktiviti PDPC.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

Intervensi ini dibuat dengan bertujuan membantu guru untuk mempelbagaikan cara mereka untuk memilih pelajar. Guru tidak akan lagi bergantung dengan satu teknik pemilihan pelajar. Intervensi ini juga bertujuan memasukkan aspek ICT atau teknologi dalam PDPC guru-guru.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

PAT:PRICELLAPETRA ADIN (FUN LEARNING FOR SCIENCE)


A)   MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI / PAT

NAMA GURU       :           PRICELLAPETRA ADIN
SEKOLAH             :           SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA AWANG
SUBJEK               :           SAINS

TAJUK INTERVENSI / PAT :
FUN LEARNING FOR SCIENCE

KUMPULAN SASARAN :
7 orang murid Tahun 6

1.0  PENDAHULUAN
Fun Learning For Science adalah satu cara pengajaran dan pemudahcaraan yang digunakan khas unrtuk membantu murid Tahun 6 dalam menguasai matapelajaran Sains degan baik.

2.0  ISU YANG DIPILIH
Antara isu yang diketengahkan sebelum pelaksanaan Fun Learning For Science ialah;
a)    Murid tidak berminat untuk belajar semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
b)    Markah murid pada Kertas 1 sangat rendah
c)    Murid mempunyai sikap malas membaca.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI
Fun Learning For Science mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah;
a)    Menarik minat murid sewaktu PdPc.
b)    Meningkatkan markah murid Tahun 6 dalam Kertas 1
c)    Membantu murid mendapatkan pengetahuan walaupun kaedah nyanyian.



ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

https://docs.google.com/document/d/1jIeeDzWsdeMJJZw3VTv6lagxaOf2Tf34J42HMbsMm58/edit?usp=sharing

PAT: HAZWANI BINTI TAN (MEMBUNDARKAN NOMBOR)


NAMA GURU : HAZWANI BINTI TAN
            SEKOLAH : SK SUNGAI POYAN, LIMBANG
            SUBJEK : MATEMATIK
            TAJUK INTERVENSI/PAT : MEMBUNDARKAN NOMBOR
            KELAS : TAHUN 5                             
KUMPULAN SASARAN : 9 ORANG (PEMULIHAN)


1.0 PENDAHULUAN

            Pembundaran merupakan satu kemahiran matematik yang mana digit-digit nombor dihampirkan kepada nilai tempat yang dikehendaki. Hasilnya kurang tepat, tetapi amat mudah dalam membantu menyelesaikan masalah harian. Jelaslah di sini, pembundaran merupakan satu strategi yang digunakan untuk menganggar sesuatu nilai.


2.0 ISU YANG DIPILIH

            Ramai murid menghadapi masalah dalam melakukan pembundaran nombor. Terdapat tiga masalah yang sering dihadapi oleh murid. Yang pertama, murid keliru dengan kaedah tambah 1 dan tambah 0. Yang kedua, murid masih tidak faham dengan konsep pembundaran. Ketiga, murid tidak tahu cara yang betul untuk menulis nombor yang telah dibundarkan.


3.0 INTERVENSI

Jalan, ambil kawan pusing-pusing naik moto.


ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

https://docs.google.com/document/d/1GVbaK_pNh9YbxEVCkI2kvWzM37gIoe-NQCUCiRyWtdY/edit?usp=sharing

PAT:KONIA BINTI ZAINI (“Project- Based Learning)


NAMA : KONIA BINTI ZAINI
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH AGAMA LIMBANG
SUBJEK: KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TAJUK: PROJECT BASED LEARNING
KELAS: TINGKATAN 3


PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK  DALAM Pdpc
” “Project- Based Learning
Pembelajaran berasaskan projek( Project Based Learning)
satu aktiviti penyiasatan mendalam tentang suatu topik dunia sebenar yang berfaedah kepada pelajar’
(Sylvia Chard, Associate Professor of Education, University of Alberta, Alberta Canada
- melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran dunia sebenar yang akhirnya menghasilkan suatu output pembelajaran

Buck Institute of Education
PBL berdasarkan kepada kurikulum ..
- Berdasarkan keperluan kurikulum
- Pembelajaran berdasarkan pendekatan inkuiri
- Proses inkuiri berdasarkan kepada satu persoalan
- Guru dan pelajar bersama dalam proses menjawab soalan penyiasatan  

educating the millenial learner 
PBL mengemukan persoalan yang akan dijawab oleh pelajar
- Guru akan atau pelajar mengemukan satu tema persoalan yang akann memandu pelajar membuat projek secara berkolaborasi.Projek ini akan mengintigerasikan pelbagai subjek dalam kurikulum
            

PBL memerlukan pelajar menjawab  persoalan dunia sebenar- Pengetahuan secara holistic
           

PBL adalah satu kaedah yang memerlukan  pelajar menghuraikan isu dan persoalan yang rumit
- Mengalakkan persefahaman
- students explore, make judgements, interpret,and synthesize the information in meaningful ways

Mengapa PBL diperlukan???
Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for works in the 21st. Century,
   
         we living in a new economy – powered by the technology, fueled by information, and driven by knowledge”

 -Ini bermakna, penggunaan PBL akan membantu murid untuk membina kemahiran dan ketrampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan yang lebih  berasaskan
Kepada maklumat dan teknologi. Negara maju menggunakan
pendekatan ini dalam dalam bilik darjah.
PBL mampu melahirkan murid yang boleh menghadapi dunia abad ke - 21
… educating the millenial learner…



ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT

https://docs.google.com/document/d/1Nqxi7TvGvW-bj9zj5aNMRbd6q0MRiRqyKWU-ZxUsVUs/edit?usp=sharing

Wednesday, 30 January 2019

PAT: Mohd Azmee Bin Damit (Penggunaan “Kad Pecahan Overlay” Untuk Menambah Pecahan Wajar Dengan Penyebut Tidak Sama Dalam Kalangan Murid Tahun 4)


1.0          PENDAHULUAN
Matematik merupakan sebuah bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara bersistem dalam penyelesaian masalah. Matematik merupakan sebuah mata pelajaran yang penting dan diajar di sekolah-sekolah di seluruh dunia. Hal ini kerana Matematik banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Penguasaan Matematik membantu manusia dalam kelangsungan hidup. Namun, kebiasaannya Matematik dianggap sebagai pelajaran yang sukar. Murid-murid yang kurang menguasai Matematik sering kali kurang berminat dan mengabaikan mata pelajaran ini. Hal ini kerana murid merasa susah untuk menguasai dan susah untuk mendapat skor yang baik dalam mata pelajaran ini.
Menurut Laporan Jemaah Nazir (1990), kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik banyak dipengaruhi oleh cara penyampaian dan pengkaedahan pengajaran. Oleh itu, menjadi tugas bagi guru-guru masa kini untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penyampaian demi memastikan murid mendapat kefahaman yang baik terhadap konsep Matematik. Selain itu, ia mampu menarik minat dan kecenderungan murid untuk beajar Matematik. Oleh itu, satu kaedah untuk membantu murid memahami konsep penambahan pecahan perlu diwujudkan.

2.0          ISU

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat pemerhatian pada murid secara tidak formal. Semasa menjalankan pemerhatian, saya mendapati murid mengalami masalah untuk menambah pecahan tidak sama penyebut. Murid hanya melakukan penambahan pecahan tanpa menyamakan penyebtu terlebih dahulu.


Kebiasaannya, guru hanya menerangkan bahawa dua pecahan yang tidak sama penyebut perlu ditukar menjadi pecahan sama penyebut sebelum menambah dua pecahan tersebut. Memandangkan topik ini adalah topik baharu bagi murid Tahun 4, guru perlu lebih kreatif untuk menarik minat murid belajar topik ini.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

PAT: SENIAH BINTI LUWI DAN SOPHIA ANAK MERUM (TEKNIK KAWAN 10 TERHADAP KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1)

TEKNIK KAWAN 10 TERHADAP KEMAHIRAN PENOLAKAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1


SENIAH BINTI LUWI
 SOPHIA ANAK MERUM
SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU PUSAT, LIMBANG, SARAWAK



1.0          PENDAHULUAN

Program Bimbingan bersama SISC+ di bawah anjuran Pejabat Pendidikan Bahagian Limbang sangat memberi banyak manfaat kepada guru yang dibimbing. Lama berkhidmat bukanlah satu tiket untuk menyatakan guru tersebut mahir dan hebat dalam pdpc di dalam bilik darjah. Hakikatnya banyak lagi teknik dan kaedah yang perlu diterokai dan dipraktikkan di dalam bilik darjah agar objektif pdpc tercapai dan menarik. Ini sangat penting untuk  menghasilkan  anak didik yang berkebolehan, berkemahiran dan mempunyai pemikiran yang kreatif.

Kaedah dan teknik yang guru gunapakai semasa pdpc bergantung kepada aras kefahaman dan kebolehan murid di dalam kelas. Keutamaan diberi kepada murid-murid yang bermasalah dalam proses pembelajaran. Kami akan berkongsi satu amalan yang telah digunakan semasa pdpc kami bagi mata pelajaran Matematik Tahun 1 dalam tajuk penolakan yang melibatkan pengumpulan semula nombor dalam lingkungan 100.

Kami telah menggunakan dan mengaplikasikan model pengajaran Kemmis iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Seramai 18 orang murid dari dua kelas yang terdiri daripada Tahun 1 Bestari dan Tahun 1 Karisma  terlibat. Ujian pra dan pos serta analisis dokumen digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel bagi mendapatkan analisis statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati intervensi kaedah ‘Kawan 10’ berkesan terhadap murid-murid bagi meningkatkan kemahiran penguasaan konsep penolakan secara mengumpul semula dan mengurangkan kesilapan yang berlaku dalam pengiraan. Cadangan daripada perkongsian ini diharapkan intervensi ini dapat diperluaskan dalam sesi pengajaran guru bagi topik penolakan dengan mengumpul semula.


2.0          ISU YANG DIPILIH

Kanak-kanak telah memulakan pembelajaran matematik sebelum mereka memasuki sekolah. Mereka belajar untuk mengira dan mereka boleh menyelesaikan masalah yang mudah dengan mengira. Di peringkat sekolah rendah, subjek Matematik memberi tumpuan kepada pembangunan nombor asas, pemahaman operasi dan kecekapan dalam melaksanakan pengiraan. Dalam Prinsip dan Standard Sekolah Matematik (NCTM 2000; Dodd, & Rivera 2003) menerangkan perkembangan kemahiran dan konsep Matematik menegaskan bahawa murid perlu:

·         Memahami nombor, cara untuk mewakili nombor, hubungan dalam nombor dan sistem nombor.
·         Memahami makna operasi dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama lain.
·         Mengira dengan lancar dan membuat anggaran yang munasabah


Tetapi realitinya tidak semua murid di dalam sesebuah kelas dapat mencapai objektif pembelajaran yang diajar oleh guru dengan semaksimumnya seperti mana yang dikehendaki dalam standard pembelajaran. Semasa proses pdpc berlangsung bagi murid-murid Tahun 1 Bestari dan Karisma, kami dapati sebilangan murid-muridnya bermasalah bagi topik penolakan terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Maka, kami telah memilih topik penolakan dengan mengumpul semula bagi nombor dalam lingkungan 100.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

PAT:ROHAFIEZA BINTI HAJI MATASSAN (KAEDAH “FALLING BALL”)

A.    MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI/PAT

NAMA GURU                                     : ROHAFIEZA BINTI HAJI MATASSAN
SEKOLAH                                          : SK BUKIT LUBA
SUBJEK                                             : MATEMATIK
TAJUK INTERVENSI/PAT                 : KAEDAH “FALLING BALL”
KELAS/KUMPULAN SASARAN        : TAHUN 3 (15 ORANG)

B.    ISI KANDUNGAN

1.0          PENDAHULUAN
Pemahaman yang penuh terhadap sesuatu topic atau kemahiran adalah penting kerana saling berkaitan dengan konsep atau kemahiran yang lain. Selain daripada empat operasi asas dalam matematik, pemahaman terhadap nombor bulat juga penting. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam topik nombor dan operasi ialah konsep pembundaran.

Dalam proses penyelesaian soalan pembundaran, terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikan nombor tersebut dibundarkan dengan tepat dan mematuhi kriteria atau kehendak soalan. Proses dalam menyelesaikan soalan tersebut perlu difahami oleh murid sebelum membundarkan nombor bulat dengan tepat.

Kaedah “Falling Ball” dipilih kerana kaedah ini menggunakan teknik bola dan bukit yang lebih dekat dengan jiwa murid. Hal ini dapat menarik minat murid di samping memudahkan mereka memahami konsep pembundaran.

2.0          ISU YANG DIPILIH
Murid tidak memahami konsep pembundaran.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:



PAT: LING SIEW LI (TEKNIK SAL: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3)

NAMA GURU             :           LING SIEW LI
MAKLUMAT GURU DAN INTERVENSI

SEKOLAH                  :           SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, LIMBANG
SUBJEK                     :           BAHASA MALAYSIA

TAJUK INTERVENSI / PAT:
TEKNIK SAL: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

KELAS / KUMPULAN SASARAN: MURID-MURID TAHUN 3


TEKNIK SAL: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3


1.0       PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melaluinya, seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Kepentingan terhadap penguasaan bahasa menjadi lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003), banyak aktiviti dan kemahiran telah disediakan yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa. Oleh hal yang demikian, aspek kemahiran menulis telah dipilih bagi fokus kajian tindakan ini.
Menurut Abdul Rashid dan Zulkafli (2008) dalam bukunya Keupayaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar, masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakpercayaan mereka menguasainya. Berikutan itu, akan timbullah masalah dalam penulisan. Banyak kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengn betul dan lengkap.

2.0       ISU YANG DIPILIH

Saya menfokuskan kepada isu masalah membina ayat. Saya akan menggunakan teknik SAL untuk menyelesaikan masalah ini.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:


PAT:NUR SYIEFFA KHAIRUNNISA BINTI ZAINI(PENJODOH BILANGAN)


PENJODOH BILANGAN
NUR SYIEFFA KHAIRUNNISA BINTI ZAINI
Sk Kuala Awang

1.0  PENDAHULUAN
Perkongsiaan Amalan Terbaik (PAT) merupakan satu usaha yang telah dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Limbang untuk  berkongsi amalan yang terbaik antara guru-guru di Daerah ini. Melalui PAT ini, guru-guru dibimbing untuk mencipta intervensi bagi membantu murid-murid menyelesaikan sesuatu isu ataupun intervensi yang berkaitan dengan pendidikan. Kajian oleh Kyriakides, Creemers, Antoniou dan Demetriou (2010) mendapati guru di sekolah berkesan sentiasa mengambil langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dan membina persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan kehendak murid. Manakala, kajian Retna (2007) mendapati komunikasi berkesan dan perhubungan kerja yang baik antara guru menyokong guru untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif.
            Umum mengetahui bahawa interversi atau kajian tindakan merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menambah baik amalan, kemahiran dan pedagogi guru-guru. Justeru itu, PAT ini sudah pasti memberi faedah bukan sahaja kepada guru malahan kepada murid.

2.0  ISU
Bahasa Melayu merupakan satu subjek yang memerlukan murid untuk memahami sistem ejaan, tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul. Oleh itu, murid perlu memahami setiap aspek untuk membolehkan mereka membina ayat dan karangan menggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul.
            Semasa mengajar tajuk Penjodoh Bilangan kepada murid tahun 3, saya mendapati mereka agak sukar memahami topik tersebut. Murid didapati keliru dengan penggunaan penjodoh bilangan yang betul dan sesuai. Hal ini berlaku bukan sahaja kepada murid yang lemah malahan kepada murid yang pandai di dalam kelas tersebut. Justeru itu, saya merasakan masalah ini merupakan satu isu yang perlu saya selesaikan memandangkan topik penjodoh bilangan akan digunakan bukan sahaja di sekolah rendah malahan di semua peringkat pendidikan seperti menengah dan universiti. Tambahan pula, penggunaan penjodoh bilangan juga penting dalam penggunaan ayat yang betul dalam kehidupan seharian murid.
Justeru itu, isu yang akan saya ketengahkan dalam Perkongsiaan Amalan Terbaik (PAT) ini adalah murid sukar untuk memahami penggunaan penjodoh bilangan yang betul dan sesuai.


ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:

https://docs.google.com/document/d/1ID7s531G9kosun6GFuj_lt8qSQ1fILNk9OGU7su8TEE/edit?usp=sharing

PAT:USTAZAH SITI NAZIRAH BINTI ARSHAD (POP UP NOTES DALAM PDPC PENDIDIKAN ISLAM)


NAMA GURU                                                      : USTAZAH SITI NAZIRAH BINTI ARSHAD

SEKOLAH                                                           : SMK AGAMA LIMBANG

SUBJEK                                                              : PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK    : POP UP NOTES DALAM PDPC PENDIDIKAN
                                                                               ISLAM     

KELAS/KUMPULAN SASARAN                        : TINGKATAN 2 DLP AL-KHINDI


1.0 PENDAHULUAN

                 Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai untuk para pelajar perlu dirangka dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh para pendidik bagi memperoleh kualiti pendidikan yang terbaik. Guru Pendidikan Islam pada masa kini perlu memiliki pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk disesuaikan dengan keperluan para pelajar sekolah. Ini bertujuan mencapai matlamat sistem Pendidikan Islam untuk memberikan kemahiran, pengetahuan, memupuk penghayatan dan membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah S.W.T.

                 Maka, guru-guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah perlu bijak memilih kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan para pelajar mereka dan perlu bersedia untuk menjalankan penyelididkan bagi membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping terus melakukan inovasi yang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa. Kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam perlulah digabungjalinkan dengan pengaturan kendiri dalam Pendidikan Islam, pengajaran berasaskan komputer serta pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan laman web dan sebagainya.

                 Selain itu, penekanan pendekatan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan akidah perlu dipertingkatkan di samping memperkenalkan pembelajaran berasaskan masalah dalam pendidikan akhlak juga perlu diutamakan. Satu pendekatan pembelajaran yang baru, iaitu pembelajaran berasaskan usrah dalam Pendidikan islam hendaklah diterapkan yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran berasaskan masjid untuk melahirkan manusia yang seimbang di dunia dan di akhirat. Besarlah harapan semua untuk melahirkan generasi yang mampu seimbang dunia dan akhirat bagi mendepani cabaran masa depan yang kian membimbangkan.


2.0  ISU DAN MASALAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM

                 Subjek Pendidikan Islam seringkali dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Padahal subjek ini banyak mendidik, mengasuh, mentarbiyyah dan membimbing para murid seimbang dunia dan akhirat. Kita tidak boleh menafikan proses menuju alam dewasa penuh dengan cabaran dan liku kehidupan. Kerana itulah, Islam meminta umatnya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah bagi mendepani onak duri dalam mencari redha Tuhan. Para guru agama memandang serius isu ini bila dunia kini kita disajikan dengan pelbagai berita yang tidak enak didengar. Murid mengandung luar nikah, ponteng sekolah, berpeleseran dan 1001 lagi berita yang menyedihkan berkenaan anak didik di sekolah.
                 Apabila anak-anak diberikan asas aqidah yang kukuh, inshaAllah mereka mampu mengharungi arus kehidupan yang penuh dugaan. Asasnya adalah kembali kepada agama dan Tuhan. Maka, subjek Pendidikan Islam juga merupakan satu langkah yang baik untuk mendidik anak-anak masa kini dengan acuan hidup yang sebenar. Pokok pangkalnya tanyalah iman. Adakah kita hendak membiarkan subjek ini tenggelam kerana sibuk mengejar kejayaan di dunia semata-mata?
                 Oleh itu, semua pihak harus mengambil langkah bersepadu bagi membantu subjek Pendidikan Islam bangkit semula. Isu semasa yang sering didengar antaranya ialah subjek ini selalu dianaktirikan, diletak dhujung waktu ketika rata-rata murid mulai mengantuk dan pelbagai lagi keluhan dari ustaz dan ustazah di sekolah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sama-samalah kita fikirkan solusinya dari bertelagah dan saling menuding jari mencari kesalahan.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT:




PAT: NURSHAHIDA AMIZA BINTI ZAIDI (GLOSAKU (GLOSARI SAINSKU) DAN MNEMONIK SAINS)

NAMA GURU :  NURSHAHIDA AMIZA BINTI ZAIDI

SEKOLAH      :  SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI POYAN
                           LIMBANG, SARAWAK

SUBJEK         :  SAINS

TAJUK INTERVENSI  :  GLOSAKU (GLOSARI SAINSKU)                                          DAN MNEMONIK SAINS

Kelas / Kumpulan Sasaran : Tahun 6 / 24 orang


1.0  PENDAHULUAN
       Kajian ini telah saya laksanakan selama lapan bulan terhadap murid-murid Tahun Enam SK Sungai Poyan Limbang. Intervensi yang telah saya jalankan terhadap mereka adalah Glosari Sainsku yang dikenali sebagai glosaku dan Mnemonik Sains. Kaedah ini diperkenalkan adalah untuk membantu murid-murid mengingati fakta, istilah dan konsep Sains yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.0  ISU YANG DIPILIH
Murid-murid sukar untuk mengingat fakta, istilah dan konsep Sains yang telah dipelajari.

3.0  OBJEKTIF KAJIAN / INTERVENSI

Meningkatkan daya ingatan murid terhadap fakta, istilah dan konsep sains.

ARTIKEL PENUH DALAM PAUTAN BERIKUT: